RSS

Monday, March 14, 2011

Review Hikayat Merong Mahawangsa

Penantian untuk menyaksikan filem kelahiran anak bangsa sendiri yang membawa satu kelainan dari filem-filem melayu yang aku agak meluat dan jemu tak habis-habis filem cintan-cintun, hantu, lawak-lawak bodoh yang aku kira tak mampu untuk mengembangkan minda kaum sendiri, akhirnya penantian berakhir dengan tayangan unggul filem Hikayat Merong Mahawangsa. Berbulan-bulan aku tunggu filem ni di tayangkan akhirnya 10hb Mac sudah mula ditayangkan.


Selepas filem ni ditayangkan, aku dapat membuat kesimpulan berdasarkan pandangan aku tersendiri mengikut pemahaman aku dan taste aku sendiri. Yang bestnye:

  1.  Jalan cerita yang sangat sangat sangat sangat menarik dan memberansangkan
  2.  Unsur-unsur kemelayuan yang sangat terserlah keunikannya
  3.  Lakonan  Stephen Rahman Hughes yang sangat menjadi dan lakonannya dah banyak yang dia dah improve. Tahniah Stephan..!
  4.  Khir Rahman melakonkan watak pemimpin lanun garuda yang kejam dan bernafsu pada princess sangat menjadi dan mutu lakonan khir rahman sangat bagus. Memang sesuai dia bawa watak Kemawas. excellent.! 
  5.  Permulaan yang bagus oleh Kuswadinata yang sedang menulis sejarah hikayat moyangnya untuk keturunan ketujuh Merong. Skrip permulaan yang bagus dan starting yang superb.
  6.  Walaupun aku tak suka Jehan miskin tapi aku nak puji gak die berlakon dalam filem ni sebagai Embi yang berlawan dengan merong untuk menyatukan 2 kampung menjadi satu dan lakonan jehan sangat menjiwai watak, bile die nak naik kapal untuk menyerang lanun garuda ekspressi wajah die waktu nak tinggalkan bini die mmg agak menyentuh jiwa.  Dan waktu die lawan dengan Taji dan die mati pun aku sangat tersentuh. Excellent la Jehan..!
  7.  Lakonan mat saleh Gavin Stenhouse yang boleh la jugak diberikan pujian tapi agak tak menonjol dan dato' rahim razali memegang watak sebagai Kesum, Wan hanafi su sebagai taji dan umie aida sebagai Lang iaitu ibu kepada merong memang superb! mutu lakonan mereka memang bagus.
  8.  Skrip filem ini memang patot diberkan anugerah sebab menggunakan bahasa melayu klasik yang sangat bagus dan penelitian dalam semua dialog yang sangat bagus dan tersusun.
  9.  Ending cerita yang menyentuh hati dan perasaan.. Kagum menyelinap dalam hati aku tatkala matinya Merong dan kemudian keturunannya yang meneruskan penerajuan kerajaan Langkasuka.
  10.  Cerita melayu pertama yang aku rasa permulaan filem melayu untuk membangun dan  dilihat oleh negara luar.
  11.  Waktu aku tonton filem ni, aku agak kagum lihat ramai orang cina dan india yang memenuhkan sit di panggung. Jarang kita dapat menarik bangsa lain untuk menonton filem Melayu.

yang agak kureng:

  1.  Aku nak watak Ummi Nazeera dilakonkan oleh Maya Karin, sebab bagi aku maya karin kalau pegang watak embok lebih sesuai sebab maya karin lebih nampak kemelayuan yang asli dan slang pertuturannya untuk cakap bahasa melayu klasik akan lebih menjadi. Tapi Maya Karin ada berlakon dalam filem ni eh waktu part kat Goa tu..??
  2.  Teknologi CGI oleh juruanimasi perlu di tingklatkan kualitinya sebab ade certain-certain part dilihat seperti kartun dan tak menjadi tapi bagi aku untuk permulaan filem melayu, tu dah sangat bagus la tu.
  3.  Ramai yang aku tanya tak faham dengan cerita ni tapi aku totally 100% dari mula sampai habis aku faham dengan filem ni. Yang nak tengok cerita ni aku sarankan jangan terlepas sikit pun semua part dalam cerita ni.
  4.  Ada certain scene dalam cerita ni agak membosankan bak kate teman aku. 
  5.  Yang part cermin yang dibuat oleh merong tak silap aku berdasarkan archimedes's principle agak lawak dan tak berapa menjadi. aku faham konsep cermin tu untuk memberikan silauan dan stimulate api untuk bagi haba dan bakar sampan penyerang garuda tapi macam tak logik la samapi leh terbakar macam tu. Tapi kalau disusun kemas lagi aku rasa memang boleh menjadi dan tak sekelakar tu.
  6. Pelakon-pelakon pembantu yang jadi askar tu cam kelakar je ngan keding la, boroi la, muke tak leh blah, aku rase patot lebih filter nak pilih pelakon pembantu.


Ape-ape pun korang wajib g tengok citer ni. Tak rugi sesen pun lah tgok citer ni. Aku tak leh terima kalau ade yang cakap cerita Ngankung ke, Hantu Kak Limah ataupun Adnan Sempit lagi best dari cerita ni, kalau filem Merong Mahawangsa ni tak mampu mengatasai filen Ngangkung mamang tak patut lah rakyat Malaysia ni, sampai bile kita nak sajikan minda kita dengan filem-filem komedi lawak bodoh dan cinta-cintun yang tak mengembangkan minda kita ni....filem kita wajah kita la kan, so kalau filem Ngangkung yang masih menduduki filem teratas kat Malaysia ni lepas filem Hikayat Merong Mahawangsa keluar ni memang sangat sangat sangat tak patut..!
   

so, tahniah buat Yusry Abd halim dan KRU production sebab menghasilkan Filem superb ni, dan tak sia-sia Yusry menangis sebab tekanan untuk mengarahkan filem ini.
aku bagi 4 bintang dari 5..ok..??


2 katak kenyang:

Unknown said...

ak sokong sgt watak embok oleh Ummi Nazeera xbrape nk mnjd.....dan part cermin tuh nmpk klaka ngan plakon pmbantu sstgh tuh agak jg xmnjd.....perlu lbh teliti lg nk ambil plakon pbntu...ad y nmpk kaku

pa2 pon...ak terhibur ngan dialog2 dselit ngan unsur lawak lam citer beh...mmg terbaek!!

N@d0x $i k0d0x said...

Owh nampak gayenye ade org sependapat dengan aku. ramai yang hentam aku bile aku mempersoalkan watak embok dipegang oleh ummi nazeera kat beautifulnara hahaha