Ok..aku start untuk kembali aktif ber blogging after aku tinggalkan dunia ni sementara waktu untuk memberikan laluan kepada Hari Raya dan segala assignment dan segala macam dengan test serta lab-lab assigment dan project dari alien...OH DAMN...!!! bile ingat je segala macam assigment dan lab project yang di'
hadiah'kan oleh alien, pankreas aku jadi kecut, esofagus aku jadi tegang dan menarik-narik anak tekak untuk muntah, maka otak aku pun menggigil.....waaaarrrrgggghhh...!!! sem ni seolah-olah aku hanya mengambil subject die sahaja.
Back to the topic, tibenye aku dirumah untuk kembali bercuti untuk hari raya, maka mama yang terchinta telah membawaku pergi merasai nikmat berbuka puase diluar, alang-alang mengambil anak kesayangannye yang pulang bercuti juga dari UiTM Merbok.....mama terchinta juga membawa dua manusia yang juga anak beliau yang dah berstatus married sebagai penyibuk untuk berbuka puasa bersama. kami ke pelabuhan Klang untuk merasai Chicken Chop yang pernah suatu ketika menjadi kegemaran arwah papa terchinta dahulu.
Location:
Belakang Giant Pelabuhan Klang yang baru dibuka, di bangunan lama berhampiran Alliance bank dan pasar basah pelabuhan klang.
gambaran dari dalam kereta, kami sampai dengan agak awal 2 jam untuk berbuka
-_____-
ni gambaran kedudukan kedai yang betol-betol belakang Giant Pelabuhan Klang
name gerai yang kami memang stick dari dulu adalah gerai ABG LEMAN
ni adalah CHICKEN CHOP yang aku oder...perh..!! bagi aku memang sedap dan meletop! sesuai lah ngan harga ala-ala warungnya...memanggg sedap...
sos chicken chop yang dapat dilihat jelas ada kepingan-kepingan telur yang dipecahkan sewaktu masak sos ni dan amat mengasyikkan....hahaha
untuk tambahan, aku akan terliur bile ade KERANG BAKAR...kompem kene oder! hahaha...sos die agak unik disitu ye..
NASI AYAM die agak sedap dan berbaloi dengan harga, ayam die banyak, lembut, sedap dan sos die pun sedap, nasi die pun berbutir dan lembut
combination sos cili dan sos kicap pada ayam memang sedaaapp
ni STICK yang dioder oleh abg aku, bagi aku sedap je tapi bagi abag aku, sebagai seorang ketua chef untuk western restaurant di Singapore, stick die kureng, western die kureng, bagi aku ok lah, berbaloi dengan harga.
hah! kalau datang sini, WAJIB..!! oder rojak mamak a.k.a ROJAK KLANG yang sangat femes....(famous) hahah...memang takkan cukup satu kalau membaham rojak ni, series ni beb, ni meman sedap!
SOTONG KANGKUNG yang tak sesedap seperti dahulu yang pernah aku makan sebelum belajar di matrik dahulu. kalau dulu memang aku tak tipu, memang sangat sedap, tapi sekarang agak kureennngg gitu k
ni nasik goreng telur mata yang dioder oleh kakak aku yang mempunyai perot ala-ala melayu. makanan goreng-goreng sini mungin aku boleh katekan kureng juga.
Kebersihan : ***
kesedapan : ***
service : ***
by the way aku seronok dan puas hati makan disini, orangnya ramah-ramah, aku leh suggestkan satey yang terdapat di gerai no.1 tu jugak, rojak klang, western food dan nasi ayam die.