RSS
Showing posts with label luahan si katak. Show all posts
Showing posts with label luahan si katak. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

PSM

     Kini result hasil daripada exam sem yang terakhir kini telah dikeluarkan. alhamdulillah, aku bersyukur aku lulus walaupun tidak lah secermerlang seperti di sem-sem terdahulu pada tahun 1 hingga 3..tapi aku agak terkilan...terkilan dengan result PSM aku.....mungkin SV aku memang dah suka aku nak wat cmne...sorry..aku memang tak reti nak bodek, tak reti nak mengade2 atau nak main suap-suap dengan dia...aku buat dengan sepenuh hati aku, dari segi data satelite, ground data dan segala-galanya aku usaha dapatkan sendiri dan segala processing aku lakukan sendiri. mungkin dia tak nampak segala usaha aku yang aku berdiri di kaki aku sendiri tanpa bantuan pemberian data daripada sesiapa. berbulan-bulan aku tak cukup tidur, berhabis duit print, ke putrajaya, kesana ke sini usaha aku sendiri tapi sedikit kuman pun tak terlihat usaha aku di mata beliau. aku terkilan mengapa kuman yang jauh di seberang boleh nampak tapi gajah di depan mata tidak perasan. owh kumannye aku hahhaahha.....

dengan PC aku angkut jauh-jauh dari klang ke JB untuk aku buat processing data.... 

inilah hasilnya......hasil yang selama setaun aku bertungkus lumus aku siapkan....

setelah thesis dah siap di jilid dan SV aku yang dalam mood gembira dapat kereta baru, aku dan kawan-kawan mengambil peluan keemasan ini untuk minta tandatangan...owh itulah kelemahan system manusia.....dikawal oleh emosi dan mood serta luaran yang cantik...

Kini aku berbangga mampu menghasilkan thesis yang aku usahakan dari A sampai Z dengan usaha sendiri dan berdiri di kaki sendiri. kawan-kawan aku yang rapat dan keluarga aku yang tahu betapa perit dan getir aku lalui dengan peneman setaiaku air mata yang dah berbaldi-baldi keluar demi menyiapkan thesis ini.
walaupun result gred yang diberikan oleh beliau amat mengecewakan aku tapi tidak mengapalah kerana beliau hanya menilai melalui akal fikiran dan pada zahirnya......biarlah apa mereka mahu kata tapi biarlah aku jadi aku. 

kepada junior akan datang ambil pengajaran dan pilihlah SV yang benar-benar tidak akan mendatangkan seribu kekesalan keada anda semua akan datang. okey =)

Friday, May 27, 2011

Kenangan di UTM


 Bile duduk kat rumah hampir dua minggu...aku tibe-tibe terasa rindu kat katil aku di UTM...rindu nak tidur lewat hampir subuh dan bangun waktu azan zohor, rindu nak lepak-lepak di segenap sudut di UTM, rindu nak lepak di bilik aku ramai-ramai dengan geng konsi gelap sambil termenung melihat keindahan kipas di syiling bilik aku hahahaha...aku sangat rindu nak kembali berseronok-ronok di sana...tapi, aku takkan rindu untuk menghadap SV aku untuk dimaki mengenai PSM aku ahhahaha.....

sepanjang di UTM pelbagai kenangan terindah yang aku lalui, sebagai pegawai kadet Palapes sepanjang 3 tahun, sebagai pelajar Remote Sensing di fakulti yang paling lame kat UTM tu, sebagai seorang ahli geng kongsi gelap makanan hahahaha...aku seronok. sekama 4 tahun di UTM aku belajar pelbagai perit grtir dan pengalaman-pengalaman yang takkan aku dapat di mana-mana... 

ketika perkahwinan kawan skuad aku di markas palapes sebagai young officer, of course la kawen bawah pedang babe..!! waaaahhhhh...! dan bulan 9 ni dahlia dan arish akan menerima baby yang sedang membesar dalam perut dalia..sooooo sweeett

kawan-kawan squad aku yang pelbagai ragam dan aku gembia bersama mereka

owh ini ketika kami berjalan-jalan sampai pagi bute lepak-lepak shopping dan macam-macam lagi....kenangan dengan geng kongsi gelap makanan aku adalah yang paling terindah

ni adalah kek harijadi aku waktu tahun 3....kakak aku oder dan delivery ke UTM...sangat sedaaaappp dan chocolate moist yang mengasyikkan

waktu ni aku bertiga takde keje jalan-jalan window shopping di jB

saat terindah bersama kalian...owh bulat-bulat macam doraemon......waaahhhh rindu seyh..!!

hah jangan jeles...aku tau ramai jeles ngn kami bertujuh hahahah sampai junior sendiri gelarkan kami double standart konon nak jaga standart taknak baik dengan junior.....sori to say k....kami tetap kami....kami lebih bahagia dan gembira bile bertujuh

waktu dinner Remote Sensing

owh kembali merindui keperitan yang pernah dialami ketika bergelar pegawai kadet...keperitan, keseronokan dan kepuasan menghasilkan satu kenangan yang sangat indah dalam diri...dan akhirnya aku berbangga bila melihat sekeping watikah yang di tandatangan oleh Agong dan memteri pertahanan yang disampaikan oleh raja muda perlis.....

waktu hari pertama ujian kecergasan untuk diterima masuk didalam palapes

asalnya aku hanya rapat berempat, dan sayangnya kawan aku seorang gugur di medan perang dan tewas untuk terus berjuang dalam palapes

akhirnya kami bersatu membentuk satu squad yang mantap...hari pembulian yati semalaysia ahahaha

sewaktu ke remote sensing di PD..time ni baju ni longgar lagi hahahhaha

juga di PD dalam kem remote sensing waktu kami tahun 3.....kami berlima 

waktu zaman aerobik...'zaman kurus' waahhhh muke aku kurus lagi hahahah

aku benar-benar rindu aroma bau di UTM....tapi, untuk sambung belajar di sana mungkin tidak akan ak kembali.....sebab untuk kali kedua jika aku kesana, kenangan yang terindah ini tidak akan berulang....

Wednesday, April 20, 2011

Disebalik Labuhnya Hijabmu

Aku pelik, tersangat pelik dan hairan..., dulu aku selalu dengar pengalaman orang, Tapi kini bende ni jadi depan aku dan kena kat batang hidung aku sendiri.

Mengapa punyai manusia yang cukup menjaga auratnya, sembahyangnya, dan ibadahnya, yang pada mulanya aku amat menyanjung tinggi pada dirinya. seorang yang aku jadikan idola yang benar-benar berada di depan mata yang boleh aku ikut untuk jadikan diri aku lebih baik dari segi iman dan akhlak....Tapi yang berada dalam dirinya tidak seperti apa yang aku lihat...??



Setelah 4 tahun aku kenal, satu persatu tingkahnya, sifatnya mula terbongkar. Seorang yang kuat menipu, kuat hasad dengkinya, dan terlalu busuk hatinya. Pada mulanya aku tak percaya, Aku masih menyebelahinya walau lebih 3/4 dari orang yang kenal rapat dia dan aku mengatakan yang buruk tentangnya. Dalam hatiku berbisik 'Mana mungkin seorang yang labuh hijabnya, kuat amalannya dan lemah lembut tutur katanya sebegitu teruk sifatnya?'

Bila kena pada diri sendiri, baru aku tahu, dan aku sedar.....segala keaibannya, segala pembohongan nya sudah mula jelas satu per satu, Busuk hatinya tidak boleh lagi ditutup dengan manis lembut budi bicaranya. Terlalu tinggi hasad dengki yang ada pada diri kau....sanggup kau menipu, sanggup kau tikam belakang aku....

Kecewa....sakit....pedih....begitu tinggi sanjungan dan pandangan aku pada kau hilang bagai debu yang berterbangan, sikit pun tidak lagi tinggal...Selepas 4 tahun aku belajar, belajar sesuatu yang aku tak akan dapat pada buku yang tebal, ko mengajar aku satu pengajaran yang mana, aku tidak lagi boleh mempercayai pada labuhnya hijab seseorang itu, aku tidak boleh lagi terlalu hanyut dengan kata-kata yang manis dan perilaku yang lembut seperti yang kau tunjukkan, indah diluar busuk didalam.

Aku terfikir, mana silapnya kau jadi sebegitu rupa, Mana khilafnya kau jadi begitu busuk hatinya....?? Kau begitu menjaga solatmu, ibadahmu, auratmu, tapi....kenapa masih tersembunyi sifat yang buruk yang terlalu busuk disebalik semua itu...?? mungkin di depan orang lain yang tertipu dengan sifat dan tutur kata lembut mu serta dihiasi dengan sebaik-baik perhiasan itu kau mampu untuk sentiara mengalunkan lakonan hipokritmu, tapi bagi aku, cukuplah, Terlalu banyak yang aku dah terkena, pedih hati ku tak boleh diubat.

Aku doakan kau sedar akan buruknya sifatmu yang semakin disedari ramai. Aku harap hati kau akan secantik luaran kau yang sungguh indah kau hiaskan dengan perilaku seorang muslimah itu. Aku masih tak mampu lagi untuk ubah luaran aku seperti tu, tapi insyaAllah dalaman aku tak sebusuk dan sedengki kau...

Friday, April 8, 2011

APA SEBENARNYA


Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku
Kerana yang berlalu kehendakmu

Hanya tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku

Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
Kehadiranku ini menyusahkan

Yang terhalang kejujuranku
Dan yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan
kerana tertutup pintu hati mu
Terima penjelasan

Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela terima semua....

Saturday, February 19, 2011

If I Knew it would be the LAST Time I see You Dad...

Tuesday, February 15, 2011

Kau Istimewa...Terlalu Istimewa


Aku selalu berbual dengan si'die' alangkah beruntungnye kalau kite lahir zaman Rasulullah...alangkah indahnye andai dapat menjadi perisai Baginda dan syahid ketika berperang bersama Baginda menentang musuh-musuh islam ketika dulu, alangkah bagusnye kalau dapat berjihat, beribadah, berjasa dengan Baginda pada zaman itu dan alangkah tenangnye kalau dapat solat berimamkan Baginda.....die berulangkali kate kalau lah die dapat jadi dikalangan sahabat Baginda....aku sentiasa ingatkan die betapa bersyukurnye kite dilahirkan sebagai seorang Islam, alangkah beruntungnye kite celik2 mate sudah mendengar azan di telinge, dan paling tak terkata betapa bersyukurnye menjadi umat MUHAMMAD......umat yang paling dimuliakan di akhirat kelak, yang akan diutamakan untuk ke syurga, yang paling diawalkan untuk dihisab.....sedangkan Nabi Musa merayu pada Muhammad untuk menjadi umatnye....



Pilu bile mengenangkan betapa sayangnye Baginda pada umatnye, ketika sakaratulmaut pun masih bermohon pada Allah untuk menanggung segala kesakitan sakaratulmaut umat-umatnye....tapi alangkah zalimnye aku ya Allah kerana selalu leka dan alpa pada wasiat dan ajarannye... Ya Allah....sesungguhnye aku masih sedang berusaha untuk istiqamah dalam ibadah kepada Mu...



Sempena hari kelahiranmu ya Rasullullah yang terlalu istimewa untuk ku dang sangat aku cintai, aku hadiahkan selawat yang paling banyak aku boleh lakukan lebih dari hari-hari lain dalam hidup ku...


aku tinggalkan dengan video yang mampu membuatkan aku berlinangan air mate mengenangkan Baginda yang teristimewa...





Monday, February 14, 2011

Apa yang Wanita harapkan dari seorang Lelaki yang Dia cintai.?

Sebenarnya topik ni lebih kepada ape yang aku rase, ape yang aku impikan, ape yang aku harapkan. of course la aku seorang wanita yang mempunyai seorang 'gula hati' yang ada kelebihan, kelemahan, kekuatan dan kekurangan yang tersendiri seperti juga aku yang tidak sempurna...terlalu banyak perbezaan dan perselisihan, tapi...perbezaan itu sebenarnye adalah pelengkap kepada kehidupan bersama akan datang....

perbezaan itu melengkapkan


complicated sangat ke aku..?? sukar sangat ke memahami perasaan seorang perempuan wahai kaum lelaki...?

Aku sebagai seorang wanita berumur 23 tahun, yang sedang mempersiapkan diri untuk menjadi seorang isteri, seorang kekasih yang dari sehari ke sehari masih mencari-cari keserasian walau sudah 4 tahun hubungan berlanjutan, seorang gadis yang terlalu runsing memikirkan masih adakah sinar kebahagiaan dan kasih sayang yang berkekalan hingga akhir hayat akan datang....aku mengharapkan 'dia' mempunyai sifat-sifat tersebut yang boleh dia pupuk dalam dirinya dalam masa 3 tahun sebelum dia bergelar seorang suami kepada aku, seorang ayah kepada anak-anakku akan datang...


  1.  Manis mulut dengan pujian
    • tahun pertama dalam hubungan, aku rasa bahagia sebab sifat ini ada dalam dirinya. tapi bila hubungan menginjak 2 tahun sudah mula kurang, kini betapa sukarnya aku dapat pujian dari dia...sebagai seorang wanita, aku sentiasa berusaha untuk tampil cantik dihadapan dia, sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat dia, dan sebagai wanita juga, bila setiap usaha aku tidak pernah dilihat pada matanya, secantik mana aku berpakaian, secantik mana aku berhias dan bermake up untuk tambil cantik didepannya, kini tiada lagi kesan untuk dia, tidak lagi ada sebutir perkataan pujian yang diluahkan, sesedap mana aku masak untuk dia pun betapa beratnya mulut untuk dilontarkan pujian dan terima kasih...
dah kau pilih aku dalam hidup kau, seburuk mane pun aku aku akan tetap paling cantik dalam hati kau, dulu kau selalu ucapkan benda ini tapi kenapa kini hanya tinggal kata-kata..?

      2. Jujur
    • jika kau berkawan dengan wanita lain, berhubung dengan wanita lain, aku takkan marah, aku boleh memahami tapi tolong...tolong untuk berlaku jujur, jangan sampai aku mengetahui dari orang lain, jangan aku mengetahui dari Fb kau, jangan sampai aku terbace msg di hp kau...aku harap ko mengerti, aku tak kisah kalau kau berterus terang.
      3. Berterima kasih
    • tak salah kan kalau mulut kau ringan untuk mengucapkan terima kasih pada setiap pertolongan aku, atau setiap usaha aku untuk kau..?
      4. Sensitif
    • aku berharap kau lebih sensitif tentang perasaan perempuan, kata-kata kau, lidah kau, apabila berkata kadang kala tajam menusuk didada, tak salahkan kalau kau sensitif terhadap perasaan wanita..?? tak salah kan kalau kau sensitif dengan persekitaran kau..?

     5. Memahami
    • aku boleh faham kau, aku tak marah kau nak keluar lepak dengan kawan-kawan kau atau nak pergi berjalan mane pun, tapi aku takkan marah atau terkilan kalau sebelum kau pergi kau bagi tahu aku dulu...tak salah kan..?? ape perasaan kau bila kau tggu aku sampai rumah tibe-tibe bile kau call, aku sedang berseronok di dalam wayang...
     6.  Ucapkan maaf
    • Bila ungkapan maaf tu lahir dari mulut kau selepas kau mampu menundukkan ego kau, sekeras-keras hati wanita aku akan cair dengan perkataan maaf....rajuk aku berpanjangan bila kau hanya buat tak tahu sedangkan dah jelas terang dan nyata kau bersalah

7. Romantis
    •  hurm....sifat ni memang takde dalam diri kau...tak salah kan kalau kau cuba belajar untuk kebaikan masa depan kita...?

       8. Panas Baran
    • aku harap sedikit demi sedikit kau boleh hilangkan sifat ni dalam hidup kau, sifat ni yang selalu buat aku tersungkur, sifat ini yang train aku jadi kasar dengan kau, sifat ni juga buat aku tawar hati pada kau...tak salah kan kalau kau bersifat penyanyang..?? 
       9. Memujuk
    • Tak boleh ke kau merendahkan ego kau untuk memujuk aku..? sukarkah menyusun ayat untuk memujuk aku bila rajuk menyelubungi aku...?

      10. Kejutan
    • tahun pertama kau sentiasa melakukan kejutan untuk aku, sanggup kau datang sejauh Klang ke Jb untuk membuat suprise anniversary untuk aku...tapi mana hilang segala kemanisan kau terhadap aku..? adakah salah MASA yang terlalu panjang? terlalu lama kah 4 tahun ini untuk kau..?




Tapi aku tetap bersyukur dikurniakan kekasih seperti kau...kau mampu lindung aku dari segala ancaman, dari segala ketakutan, kau seorang yang bertanggujawab, cinta kau pada Allah melebihi cinta kau pada yang lain, kau juga kuat berusaha dan tak mudah kalah, seteruk mana pun kau dihina, di pandang rendah, kau akan bangkit berusaha untuk lebih meyakinkan aku. aku berterima kasih pada kau yang masih mempunyai akal berteraskan iman, tidak mengambil kesempatan terhadap kelemahan aku, tidak mengambil benda yang bukan hak kau dan masih menjaga kesucian aku sebagai seorang gadis, kadang-kadang aku terfikir, tiada kah nafsu kau pada aku..? mungkin kau berusaha untuk menyembunyikan dan menahan segala gelora itu...untuk menjaga aku sehingga menjadi yang halal buatmu....aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana pertemukan aku dengan dia...        

Monday, February 7, 2011

Assignment Hydrology for Remote sensing Application

SOKLAN 1: Describe the principle meteorological factor controlling evaporation from the water surface..


aku mula termenung....termenung...termenung....oh idea...come to me...cepat sikettt sok dah kene hantar...dah lah kene tulis tangan...padahal dah dapat 2 minggu sebelum lagi...tapi biaselah....student zaman sekarang, last minute punye kije akan lebih bernas....

IDEA => Meterology = ujan = sejuk = evaporate = sejat = peluh-peluh 
ok2 dah dapat jawapan.... 
CENDOL...!!!
 Okeyh! satel..!!

SOKLAN 2 = Explain how factor such as rainfall regime, soil moisture contain and vegetation type may lead to the actual evaporation rate that are (a) lower than the potential evaporation rate (b) greater than potential evaporation rate

owh bile sebut VEGETATION mesti akan ingat sayur-sayuran, bile ade sayur-sayuran, mesti kite kene carik yang fresh dan rangup...okeyh! dah dapat idea....

perh! terliur tetibe....

tapi......
betul ke jawapan aku...?? eish...kompius ni...sok dr.latip agak-agak nak buang tak paper aku..?? owh...

Sunday, January 30, 2011

Hadiah Harijadi Untuk Mama & Kakak Yang Terchinta

Birthday mama (21st jan) dan besday kakak (6th jan) bulan ni tidak dapat disambut oleh aku yang berada jauh di perantauan (ececececehh...johor je pun...bukan jepun sane T_T''). Disebabkan dua insan ini amat penting dalam hidup aku dan sanagt aku chinta dunia akhirat dan jiwa raga (ayat bodek) so, aku pun memikirkan perlu untuk buat something even aku jauh beribu batu disini...tanpa fikir panjang, aku tempah kek siap dengan delivery sekali dari kak julaihah @ kak a'ah merangkap kawan kakak aku untuk menyediakan kek birthday untuk mereka berdua...

 dapat dilihat betapa menyelerakan kek yang kak a'ah buat ni...menurut Mem Besar, kek ini sangaaatt sedaapp ok...

Kemudian, selang beberapa hari, aku telah memulakan shopping mopping di sekitar jb untuk mencari hadiah yang sesuai untuk mereka berdua....so tanpa banyak songeh, aku pergi ke Holiday Plaza dimana terdapat pelbagai kedai yang menjual barangan berjenama yang gred AAA...nak beli yang ori, den tak mampu la bai T_T''....yang gred AAA pun dah sampai 4,5 ratus...

taraaa......so, aku jumpe je hand bag ni terus aku cakap sesuai dengan Mem Besar yang dirumah tu...Mem Besar dah masuk usia ala-ala 5 series...so hand bag kene besar-besar gabak mcm kete bmw 5 series tu jugak yeee untuk memudahkan membawa telekung bersama bak kate beliau..

owh...tag harga perlu dibuka atau tak..?? hahahah harga tu before discount taw...ala-ala wat terkezut kat beliau nanti..ape? ingat anak die tak kije lagi tak mampu bagi hadiah mahal-mahal ke..?? hahaha memang ye pun T_T''...


Untuk cik kakak pula, hadiah yang sangat simple dan sesuai dengan die telah aku temui...aku tetibe teringat yang die memang tengah carik clutch untuk dibawa ke dinner...so, kalau macam tu aku dah terbayang yang 'bling-bling'


hah...glamer tak kak oi..... 


glamer habis....kalah rozita che wan kak oi kalau ko bawak g dinner...kasi bute mate boss ko tu ooopppssss...hah bling-bling ok...

ok..ape-ape pun, hadiah semahal mane pun takkan mampu lawan dengan keikhlasan hati....harap-harap kalian berdua terimalah dengan seikhlas hati tanda chinta aku untuk kalian darah dagingku...

tata~

Thursday, January 20, 2011

Birthday mama

today is my mum's birthday. sayang sekali aku di johor, tak berpeluang untuk pulang kerumah untuk menyambut hari yang penuh bermakna buatmu wahai ibu ku..ya tengah ari barabg yang sesuai untuk dihadiahkan untuk mama....

nak hadiahkan mama kek bentuk beg LV ni...huhuhu

mama....ya sentiasa akan doakan mama akan dipanjangkan umur untuk lihat cucu dan cicit akan datang, ya oakam mama diberi rezki yang melimpah ruah sebagai pengiktirafan pengorbanan mama membesarkan anak-anak mama walau pelbagai kepayahan dan kesempitan yang mama lalui...ya doakan mama semoga mama sihat dan dihilangkan segala kesakitan dan penyaki yang di uji untuk mama, ya diakan mama akan sentiasa bahagia dan sentiasa di penuhi kasih sayang dari anak-anak mama....


mama...mama adalah ibu yang teragung dalam hidup ya, dan mama jugalah ayah tika papa pergi menyambut seruan ilahi, mama juga guru yang mendidik ya sehingga ya mampu berdiri di tempat ya sekarang....

semoga, satu hari nanti, ya dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mama sebelum mama menutup mata...semoga Allah sentiasa merahmati mama hingga akhir hayat....




mama cinta teragung untuk ya selepas cinta ya pada Illahi...terlalu bnyk dosa ya pada mama...

Tuesday, January 18, 2011

Birthday party abang botak saye

Wat julng-julung kalinye aku nak memampangkan gambar abang botak saye (harus bewarna pink untuk menunjukkan ade rase keseh sayang ye...) . eh2..?? taklah...objektif utama nak menceritakan kek yang mendapat pujian ramai kerana kesedapan nya yang memukau hasil perah keringat awek dia membanting tulang, berhempas pulas untuk menghasilkan kek ini heheheh (ayat kene hiperbola yeee baru dapat pujian dari abg botak)

birthday party yang telah aku rancangkan disambut di KFC Pelabuhan Klang, dengan jemputan lebih kurang 15 orang kawan-kawan beliau...aku bukan setakat buat kek je tau tapi juga menghasilkan home made chocolate oreo hasil bantuan kakak aku seorang chocolate maker..

ni adalah brownies lapis cheese kukus berfilling blueberry....bentuk haruslah leb-leb ye...(leb=love)



oh maaf ye abang botak...tulisan kat kek tu tak selawa orangnye...

taraa...sudah siap kek, then aku g beli kotak kek beserta lilin...

ye...itulah abang botak sedang memotong kek


satu malam aku tak tidur untuk menyiapkan home made chocolate oreo...wat sendiri ni tau...tak tipu ni...

macam-macam bentuk ade, aku tak sempat amek gambar chocolate yang lain yang belum di packing. ada design logo Liverpool juga yee...

oh besday beliau bulan 11 hari tu hahaha...dah berkulat gambar ni kat dalam laptop aku...hahaha.
so..kepada abg botak saye: semoga panjang umur dan dilimpahkan rezki bukan setakat dimurahkan rezki...harap-harap awak akan cepat kumpulkan rm20k untuk hantaran kawen saya hahaha 'melawak je...andartu la aku kalau 20k'

p/s: kepada paan...entry char kuew tiaw kau akan aku hapdet dalam mase terdekat sebab semua pics ade kat aten...juz wait k..