RSS
Showing posts with label penjagaan kecantikan. Show all posts
Showing posts with label penjagaan kecantikan. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Minime Etude House

Punyelah menggigihkan diri pergi berjalan-jalan mengelilingi JJ taman U, aku ter'stuck' sekejap kat kedai Etude House, tesangat lah chomelll uooolll tatkale mate ni terpandang barang-barang minime yang sedang dipromosikan dengan discount 10%....

ni die barang-barang MINIME yang terdapat di Etude House


ini adalah Miss Twinkle tak silap aku, Ini adalah Perfume berbentuk stick. banyak-banyak pilihan aku memang suke bau yang ni....bau yang fresh dan lembut....so budak-budak sekolah sesuai taw pakai perfume cenggini....

yang kat depan tu bulat-bulat pinggu ni adalah hand lotion die, kaler ijaw ini adalah wangian perisa epal....epal ijaw gituw~ yang belakangnye tu adalah lip balm....shomeykan bekas-bekas die...

ni plak hand lotion dan lip balm perise strawberry gituw~

hah ni pulak cherry....

perfume die boleh lah tahan untuk setengah hari, yang berpewatakan chomey-chomey boleh la pakai yang cenggini. Kalau bende ni Wujud waktu aku zaman sekolah kompom aku beli...tapi sekarang aku dah ala-ala wanita berkerjaya gituw kan...so tak sesueiiii gituw~

Tuesday, February 22, 2011

Turutan penggunaa Product Penjagaan Kulit Muka

Kali ni aku nak kongsi pasal turutan bagaiman untuk menggunakan product penjagaan wajah mengikut cara yang aku lakukan selama ini dan kebanyakkan orang selalu buat. Bermula dengan cleanser sehingga ke moisturizer dan krim. Di sini aku tunjukkan product-product yang aku guna dan sedikit komen mengenai product tersebut mengikut pengalaman aku. Product-product yang aku guna ini bukan lah jenis yang mahal dan standard-standard brand yang gah-gah, aku still belajar dan tidak bekerja, so biarlah ukur baju di badan sendiri....Mari kita lihat bagaiman menjaga kulit muka menggunakan produk yang murah.


1) Pertama sekali aku syor kan menggunakan gel penggelupasan, ada pelbagai gel yang bertindak ala-ala scrub dan salah satu contoh adalah gel penggelupasan syahirah. Gel ni agak murah berbanding yang lain dan fungsinya untuk menanggalkan sel kulit mati, gunakan tanpa air yang banyak dan lebih kesat lagi terasa biji-biji gel nya itu ok...seminggu sekali pun ok sebab gel penggelupasan ni sedikit dan mahal gak la..

2) Langkah kedua ni adalah penggunaan skrub muka. Scrub muka tidak perlu dipakai hari-hari, cukuplah 3 hari sekali, selain hari korang guna gel penggelupasan., kalau tak kulit korang akan jadi senipis bawang hahaha...aku dah try scrub yang lain, tapi bagi aku scrub yang terbaik adalah scrub dari Product Balqis jenis apricot. Memang bagus sebab biji-biji scrub ni sangat banyak dan kalau hidung korang jenis yang bergula (banyak blackhead yang tajam-tajam) memang sangat sesuai...

3) selepas kite scrub muka, liang-liang roma kita akan terbuka dengan sangat luas, so aku suggest kan korang tepek-tepek toner sikit kat kulit muka yang ade liang pori yang agak kelihatan dan besar, tak perlu pakai kapas cume tepuk-tepuk kat je cecair toner ni kat muka dan tunggu kering sikit. Ini bertujuan untuk mengecilkan liang pori yang terbuka selepas scrub.



4) After Toner barulah cleanser. Cleanser yang aku pakai ni adalah dari bio-essance. Mungkin agak mahal sedikit, aku seorang yang mempunyai jenis kulit normal, tidak berminyak dan tidak kering, Bagi aku cleanser bio-essance ni bagi penggunaan awal akan membuatkan kulit yang normal akan menjadi kering dan sedikit menggelupas, so kalau kulit kering dan normal tidak digalakkan pakai dan untuk kulit berminyak aku mengesyorkan cleanser dari bio-essance ni.

5) selepas kita bersihkan muka, maka aku sarankan sebelum tidur korang gune mask. Gunelah dalam sekali atau dua kali seminggu. Mask yang aku nak promote ni adalah mask dari Product Skinz jenis whitening. Memang berkesan bagi nak cerahkan wajah. Aku dah 3 kali beli mask ni, aku dah sarankan kat 'abg botak' aku pakai ni dan berkesan jugaklah kat die sebab aku dapat lihat perubahan kulit muke die yang 2 tona lebih cerah..! ececececeechhh hahaha...

6) Lepas basuh cuci mask yang korang pakai tu atau lepas cleanser, haruslah menggunakan toner. Bagi aku toner dari bio-essance ni memang bagus. Memang terbukti toner ni mampu mengecilkan lian roma. Kalau tengok kulit muke aku dekat-dekat Liang roma aku memang besar la jugak, tapi after 2,3 weeks aku pakai toner ni memang hasilnye sangat puas hati.

7) After toner pakailah mosturizer. dulu aku mempunyai kulit muka yang berminyak, memang payah nak cari mosturizer dan sub block yang sesuai, selepas fasa kulit muka aku yang teruk berlalu, kulit aku bertukar menjadi normal, aku takde masalah nak pakai mosturizer. Aku guna mosturizer dari bio-essance gak sebab beli yang set, tapi untuk kulit muka aku agak tak sesuai dan selesa maybe aku dah pernah pakai mosturizer yang lebih selesa dengan aku kot. (Nano White)

8) Bagi yang ingin memutihkan kulit selepas kulit burn akibat dari kawad, haaa ni krim pemutih dari syahirah memang aku rase sesuai lah, sekejap je korang dah boleh say bye-bye to  kulit burn korang. Pakai before tidur bagi yang kulit berminyak tapi kalau nak pakai waktu pagi korang kene pastikan keringkan krim kat muka tu betul-betul.

Sekian sahaja turutan penggunaan product muka yang aku suggest kan. Harga Product yang aku suggest ni memang affordable la bagi pelajar dan sesiapa yang ingin menggunakan product yang bagus dan tidak terlalu mahal. 

Aku masih tak mampu nak guna Clinique ke, Anna Sui ke, Elizebert Arden ke, SK11, Kanebo  atau mana-mana yang berbranded. Mungkin pas aku keje aku akan try yang mahal-mahal tu kot =p, tapi daripada beli product yang mahal-mahal dan kene guna berkali-kali tunggu kesan yang lambat, baik buat laser je hilangkan jeragat, jerawat dan bintik hitam, ataupun suntik vitamin C.



Saturday, January 15, 2011

10 langkah untuk Kulit berjerawat

Baru je jap tadi aku post entry pasal pengalaman aku terhadap masalah jerawat yang pernah melanda dan membanjiri muka aku satu waktu dulu.....tapi aku takdelah bergantung 100% kat product pencuci muka tu.. paling aku ambik kisah adalah pada kebersihan. Untuk mereka yang bermasalah dengan kulit berjerawat ni aku suggest kat korang ape yang perlu korang buat sekarang..!

1. ASINGKAN TUALA MANDI DENGAN TUALA MUKA

haaa ni sangat penting, tuala badan yang kita pergi mandi lap-lap badan kita, lap-lap kemaluan kite, mcm-mcm la tu kan, takkan dengan kawasan yang sama nak lap muka kita...?? ni sangat penting, jangan sesekali menggunakan tuala mandi kita untuk lap bahagian muka kita....jangan taw...


2. JANGAN CUCI MUKA DENGAN PENCUCI MUKA WAKTU TENGAH HARI DAN PETANG.

ni pengalaman aku jumpa pharmacist sendiri, dia yang bagi tau aku mcmtu. alasan bagi langkah no.2 ni sebab, waktu tengahari ke petang ni, habuk dan debu sangat banyak, so kalau kita cuci muka dengan pencuci muka, maka ia akan membuka liang roma kita di muka, so dengan tidak semene-menenye debu dan habuk akan masu kedalam liang roma dan menyebabkan kuman akan dibawa dan merebak, akan terwujudlah jerawat jika antibodi untuk kulit melawat bakteria ni lemah...kalau ambil air semayang tu memang di suruh banyak kali pun takpe...yang membawa maksud disini, dengan pencuci muka ok...

3. JANGAN SALAH PILIH MOSTURIZER

salah pilih mostirizer, akan menyebabkan kulit kita berminyak, kalau berminyak so senanglah jerawat akan bermastautin di muka.

4. JANGAN LUPA CUCI MUKA WAKTU PAGI DAN SEBELUM TIDUR.


ni aku rase memang sangat biasa org akan cakap. waktu malam tu penting sangat, malas macamane pun kita, wajib untuk sembahyang dan pastikan waktu berwuduk tu cuci muka dangan pencuci muka siap-siap. then, pakailah toner dan mosturizer yang sesuai..*waktu muka aku berjerawat teruk aku hanya pakai cleanser je, takde toner dan mosturizer.

5. JANGAT PICIT JERAWAT..!!

Ha ni pun penting tau..! dulu mak aku sangat pentigkan bende ni, jangan sesekali kite picit, tapi biaselah, kalau tangan dah gatal tahap cipan nak wat cmne kan..hahahah. Kalau boleh janganlah, aku pun takdela selalu picit jerawat time dulu tu, sebab bile cecair yang dikeluarkan waktu jerawat terpancut, cecair tu akan menanam benih untuk jerawat baru tumbuh kat kawasan yang terkene cecair ni di muka. lagi pun kalau picit, kawasan bekas jerawat tu akan meninggalkan parut.

6. POTONG RAMBUT/ BUAT HAIR BANGs

bile muka yang berjeawat dan ade rambut yang panjang dan mengurai, kompem lah rambut tu akan terkena kat jerawat tu, dan akan diserak-serak ke kawasan muka yang lain. so, aku suggestkan, wat rambut pendek atau hair bangs yang takkan menyemak kat muka.

7. JANGAN KESAT MUKA

sentiasa bawa sapu tangan yang serap peluh tu kemana-mana time muka dilanda disaster ni. kalau kita berpeluh, atau nak lap ape-ape kat muka, jangan kite kesatkan die, cume tekan dengan sapu tangan tu, tekap-tekap je, kalau kite kesat atau lap memanglah akan merebak jerawat tu..

8. MINUM AIR MASAK 3 LITER

 ni pun dah biasa orang akan cakap. tapi percayalah keajaiban air ni.

9. JAGA MAKAN

bukan untuk orang gemuk je yang kene berdiet, org kurus yang ade jerawat juga kene berdiet. berdiet kat sini kenelah berpantang makanan yang beminyak. berlemak dan kalau boleh elak cili lagi bagus. pantang minyak, pantang makanan bergoreng, pantang cili, pantang telur dan makanan yang menyumbang kepada kegatalan, mcm-mcm kene pantang tapi janganlah pantang nampak lak...(mcm perli diri sendiri pulak)

10. AMBIL AIR SEMBAHYANG DENGAN BETUL

bagi org islam, bende ni memang sangat berkesan, kalau ko rajin amek air sembahyang, muke ko berjerawat pun akan nampak berseri dan cantik. ni lah bapak aku utamakn dan nasihatkan aku dulu....time ambil wudu' dan sapu kat muka, ko doalah dalam hati ''YA ALLAH, SERIKANLAH WAJAHKU SEPERTIMANA KAU SERIKAN WAJAH KEKASIHMU''

SEKIAN....

Pengalaman Kulit Berjerawat

ecececeh......first time dalam blog aku untuk menulis mengenai penjagaan kecantikan....sebelum aku nak cerita lebih lanjut mengenai langkah-langkah tips ini, aku kene cerita serba sedikit mengenai  experience aku sendiri lah kan....

waktu aku sekolah menengah dalam lingkungan form 2, form 3, muka aku sangat penuh dengan jerawat....!! sangat banyak ok....sampai pernah 3,4 jerawat yang bernanah bergabung membentuk satu pergunungn yang berlahar ngn nanah (hiperbola yang sanagt meampau)...tang dahi tak payah cakap lah...dah takde space dah nak letak jerawat yang halus-halus tu....ak g kelas pun malu...tutup dengan sapu tangan...pedih wooo.....
asalnye aku ade jerawat sederhana-sederhana, then my auntie suggest 1 product suh mak aku belikan kat aku untuk budak-budak sekolah...nak tau ape..??

taraaa....inilah product dari cosway..iaitu goat's milk die..

dalam semiggu aku pakai lagi tambah banyak sangat jerawat yang keluar, aku cakap ngn makcik aku die gtau sabar je, teruskan pakai...then, after 2 botol aku pakai cleanser ni makin lame makin kurang jerawat, tak kire jerawat yang nanah atau jerawat pasir yang kat dahi aku...
then baru makcik aku cakap yang cleanser tu memang untuk keluarkan jerawat sebanyak mane yang boleh, sebab tu aku cakap tadi sampai takde space dah kat muke aku nak letak jerawat lagi....dan nak tau..?? memang sangat bagus sampai sekarang aku takde jerawat, kalau ade pun 1, 2 time nak peot. lagi satu, bekas jerawat pun alhamdulillah memang agak kurang....tapi sekarang, 

taraa......hasil kesabaran untuk menghabiskan jerawat-jerawat tu (tanpa secoles bedak)


aku mash ingat, time jerawat penuh tu aku tak berapa nak berkawan dengan orang, rase down yang amat...sedey giler dowh.....

kalau korang nak try, kene berani dan sabar sikit lah, memang malu dan ambil mase yang lame untuk bertahan denga muke yang penuh dengan jerawat. tapi aku nasihatkan, semua product pencuci muka ni ade pro n cons, ade yang sesuai dengan kita, ade yang tidak....aku nasihatkan try lah consistent dengan satu-satu product tu....sabar tu penting.....sebelum ni pun macam-macam product mak n kakak aku bagi pakai, salah satu tu adalah Sk11. mahal yang amat, tapi time tu kakak aku keje ngan sk11 tu, kakak-kakak senior aku pun terkejut yang aku gune sk11, mane taknye junior form 2 pakai...hahahah tapi memang tak sesuai ngan kulit aku gak time tu

so sekarang lepas je kulit aku 100% elok dari jerawat, macam-macam product aku try dan alhamdulillah, semuanya aku selesa dan aku dah boleh bandingkan mane yang sesuai dari segi toner, cleanser, scrub, moisturizer dan macam-macam lagi...nanti aku akan ceritakan product ape dan  sesuai untuk kulit macamane...ok tata~~