RSS
Showing posts with label pemikiran kite. Show all posts
Showing posts with label pemikiran kite. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Review Hikayat Merong Mahawangsa

Penantian untuk menyaksikan filem kelahiran anak bangsa sendiri yang membawa satu kelainan dari filem-filem melayu yang aku agak meluat dan jemu tak habis-habis filem cintan-cintun, hantu, lawak-lawak bodoh yang aku kira tak mampu untuk mengembangkan minda kaum sendiri, akhirnya penantian berakhir dengan tayangan unggul filem Hikayat Merong Mahawangsa. Berbulan-bulan aku tunggu filem ni di tayangkan akhirnya 10hb Mac sudah mula ditayangkan.


Selepas filem ni ditayangkan, aku dapat membuat kesimpulan berdasarkan pandangan aku tersendiri mengikut pemahaman aku dan taste aku sendiri. Yang bestnye:

  1.  Jalan cerita yang sangat sangat sangat sangat menarik dan memberansangkan
  2.  Unsur-unsur kemelayuan yang sangat terserlah keunikannya
  3.  Lakonan  Stephen Rahman Hughes yang sangat menjadi dan lakonannya dah banyak yang dia dah improve. Tahniah Stephan..!
  4.  Khir Rahman melakonkan watak pemimpin lanun garuda yang kejam dan bernafsu pada princess sangat menjadi dan mutu lakonan khir rahman sangat bagus. Memang sesuai dia bawa watak Kemawas. excellent.! 
  5.  Permulaan yang bagus oleh Kuswadinata yang sedang menulis sejarah hikayat moyangnya untuk keturunan ketujuh Merong. Skrip permulaan yang bagus dan starting yang superb.
  6.  Walaupun aku tak suka Jehan miskin tapi aku nak puji gak die berlakon dalam filem ni sebagai Embi yang berlawan dengan merong untuk menyatukan 2 kampung menjadi satu dan lakonan jehan sangat menjiwai watak, bile die nak naik kapal untuk menyerang lanun garuda ekspressi wajah die waktu nak tinggalkan bini die mmg agak menyentuh jiwa.  Dan waktu die lawan dengan Taji dan die mati pun aku sangat tersentuh. Excellent la Jehan..!
  7.  Lakonan mat saleh Gavin Stenhouse yang boleh la jugak diberikan pujian tapi agak tak menonjol dan dato' rahim razali memegang watak sebagai Kesum, Wan hanafi su sebagai taji dan umie aida sebagai Lang iaitu ibu kepada merong memang superb! mutu lakonan mereka memang bagus.
  8.  Skrip filem ini memang patot diberkan anugerah sebab menggunakan bahasa melayu klasik yang sangat bagus dan penelitian dalam semua dialog yang sangat bagus dan tersusun.
  9.  Ending cerita yang menyentuh hati dan perasaan.. Kagum menyelinap dalam hati aku tatkala matinya Merong dan kemudian keturunannya yang meneruskan penerajuan kerajaan Langkasuka.
  10.  Cerita melayu pertama yang aku rasa permulaan filem melayu untuk membangun dan  dilihat oleh negara luar.
  11.  Waktu aku tonton filem ni, aku agak kagum lihat ramai orang cina dan india yang memenuhkan sit di panggung. Jarang kita dapat menarik bangsa lain untuk menonton filem Melayu.

yang agak kureng:

  1.  Aku nak watak Ummi Nazeera dilakonkan oleh Maya Karin, sebab bagi aku maya karin kalau pegang watak embok lebih sesuai sebab maya karin lebih nampak kemelayuan yang asli dan slang pertuturannya untuk cakap bahasa melayu klasik akan lebih menjadi. Tapi Maya Karin ada berlakon dalam filem ni eh waktu part kat Goa tu..??
  2.  Teknologi CGI oleh juruanimasi perlu di tingklatkan kualitinya sebab ade certain-certain part dilihat seperti kartun dan tak menjadi tapi bagi aku untuk permulaan filem melayu, tu dah sangat bagus la tu.
  3.  Ramai yang aku tanya tak faham dengan cerita ni tapi aku totally 100% dari mula sampai habis aku faham dengan filem ni. Yang nak tengok cerita ni aku sarankan jangan terlepas sikit pun semua part dalam cerita ni.
  4.  Ada certain scene dalam cerita ni agak membosankan bak kate teman aku. 
  5.  Yang part cermin yang dibuat oleh merong tak silap aku berdasarkan archimedes's principle agak lawak dan tak berapa menjadi. aku faham konsep cermin tu untuk memberikan silauan dan stimulate api untuk bagi haba dan bakar sampan penyerang garuda tapi macam tak logik la samapi leh terbakar macam tu. Tapi kalau disusun kemas lagi aku rasa memang boleh menjadi dan tak sekelakar tu.
  6. Pelakon-pelakon pembantu yang jadi askar tu cam kelakar je ngan keding la, boroi la, muke tak leh blah, aku rase patot lebih filter nak pilih pelakon pembantu.


Ape-ape pun korang wajib g tengok citer ni. Tak rugi sesen pun lah tgok citer ni. Aku tak leh terima kalau ade yang cakap cerita Ngankung ke, Hantu Kak Limah ataupun Adnan Sempit lagi best dari cerita ni, kalau filem Merong Mahawangsa ni tak mampu mengatasai filen Ngangkung mamang tak patut lah rakyat Malaysia ni, sampai bile kita nak sajikan minda kita dengan filem-filem komedi lawak bodoh dan cinta-cintun yang tak mengembangkan minda kita ni....filem kita wajah kita la kan, so kalau filem Ngangkung yang masih menduduki filem teratas kat Malaysia ni lepas filem Hikayat Merong Mahawangsa keluar ni memang sangat sangat sangat tak patut..!
   

so, tahniah buat Yusry Abd halim dan KRU production sebab menghasilkan Filem superb ni, dan tak sia-sia Yusry menangis sebab tekanan untuk mengarahkan filem ini.
aku bagi 4 bintang dari 5..ok..??


Sunday, March 6, 2011

Surat untuk Dato' Seri Najib Tun Razak

Hati aku seakan tersentak apabila terbaca surat yang dititipkan khas untuk pemimpin negara kita iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak. aku mula terfikir, berfikir dan membuatkan hari ini aku berfikiran panjang tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh seorang budak berumur 19 tahun. Serius aku salute dengan keberanian beliau dan pemikiran dia yang aku yakin hampir 80% belia sebaye dengannya dan dengan aku sekalipun tidak mampu untuk menitipkan surat kepada pemimpin negara untuk menyuarakan ketidakpuasan hati bahkan tidak mampu untuk berfikir sepertimana beliau mengenai masa depan yang bakal terjadi kelak hasil daripada belia yang ada sekarang dan masih ramai yang asyik leka dengan arus kemodenan yang disajikan untuk kita untuk menyelami hiburan yang menjadi sajian utama di negara kita sekarang. Penyayi-penyanyi, artis-artis seperti cendawan yang tumbuh dan belia-belia sekarang berebut-rebut untuk menjadi sebahagian daripada dunia yang penuh galmor itu. Respect giler aku kat budak ni. Tapi ape-ape pun kita sebagai rakyat Malaysia pun perlu harus bersyukur dan berfikiran wajar kerana negara kita masih aman dan damai tidak seperti negara Arab yang sekarang dalam kacau bilau bagi mempertahankan hak masing-masing. apa yang baik kita ambil yang buruk jadikan iktibar. Mari kita baca:  




Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?


Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?


REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.


Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.


Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?


Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Muhammad Muizzuddin Bin Zaini

Friday, March 4, 2011

Mengapa Lelaki Sukar Setia..??

Dalam sebulan ni kerap sangat aku dengar disekeliling aku rata-ratanya ditinggalkan kekasih, tunang malahan suami juga. Yang aku leh katakan, aku sangat simpati, kesian dan hanya mampu berdoa semoga mereka dikurniakan seorang jodoh yang jauh lebih baik dari lelaki-lelaki seperti itu. Yang ditinggalkan kekasih dan tunang ok lagi, sekurang-kurangnya kita diberi petunjuk yang lelaki tu tak mampu jadi suami yang terbaik untuk kita, tapi yang aku kesian bila ditinggalkan suami dan mempunyai anak-anak yang masih kecil. Yang buat aku pelik lagi adalah kepada perempuan-perempuan yang jadi orang ketiga yang hancurkan sesuatu hubungan dan rumahtangga orang. Takde secalit ke perasaan bersalah terdapat pada diri mereka, tiade terfikir ke die kalau die yang ade di tempat wanita yang ditinggalkan..?? owh...kenapa perlu sekejam itu..??


Sebelum ni aku terdengar satu kes kawan kepada kawan aku yang sama belajar di UTM ni juga. Dah 3 tahun bercinta, perempuan ni ada kereta, lelaki ni hanya bermotosikal sahaja, Setiap kali cuti sem kereta akan ditinggalkan kepada lelaki tu, waktu tu tanpa pengetahuan gf die yang empunya kereta ni, si lelaki telah bawa skandal (awek lain) pergi dating dengan kereta tu. So bile dah hujung sem di tahun akhir dan dah puas 'menggunakan' perempuan ni untuk kepentingan die, die putuskan hubungan sebab mengaku dah ade perempuan lain sebelum ni, Pada waktu yang sama perempuan ni sakit sebab baru tau ade tumor, perlu ulang alek ke hospital. Takde sikit perasaan bersalah, sedih atau simpati. Tinggalkan begitu sahaja walaupun puas di pujuk dan dirayu, paling bangang siapa bawak awek baru g jumpe that poor girl. What the Fish..??



Lepas tu berlaku kat kawan Roomate aku, dah siap bawak jumpe mak bapak, Tibe-tibe kantoi yang lelaki tu dah nak bertunang dengan perempuan lain.Dalam mase yang sama lelaki tu bape banyak hp yang die ada. Dalam bape minggu pastu roomate aku pulak kene, lelaki tu kantoi bodoh sebab pasang due, nasib baik kawan aku ni bijak dan tak frust sangat sebab baru je lagi hubungan tu, yang tak boleh blah dah kantoi busuk betul-betul jelas dan nyata memang terbukti lelaki tu ade perempuan lain, mati-mati tak mengaku, ade dua Fb, Fb pertama friend dengan kawan aku dan block awek no.2 dan blok jugak awek no.2 kat fb kwn aku, nak menipu tapi bodoh nak mampus, Fb kedua pulak, friend dengan awek n0.2 dan block awek no.1 (kawan aku). aduhaiiii lelaki, jangan jadi bodoh lah, kalau bodoh tak pandai menipu tak payah berangan nak pasang 2.

Beberapa minggu lepas tu, terjadi kat sepupu aku, lagi 2 bulan nak kawen (bulan jun ni). Barang-barang hantaran dan beli separuh, duit katering, andam, khemah, DJ dan kompang dah bagi deposit, baju nikah dah siap, aku pun dah excited akan jadi pengapit. Tibe-tibe kelmarin cakap nak putus tunang sebab kantoi ada popuan lain, awek satu tempat keje. Owh Damn..!!! sepupu aku dah frust menonggeng, Makcik pakcik aku tergamam, malu beb! MALU!. Kad dah siap, nasib baik tak edar lagi, tapi sedara mara, kawan-kawan semua dah tau 4hb 6 ni akan kawen. mane nak letak muka..?? ade lelaki tu terfikir ke..?? kakak aku call die, tanya kenapa..?? alasan die simple. 'takde jodoh, dah 10 tahun bercinta tapi tak serasi' kepale hotaakk...! Ni jari tengah aku tunjuk kat ko.

Tahun 2008 terjadi kat orang yang paling rapat kat aku. Anak dah tiga, suami die ade perempuan lain yang lebih muda 7 tahun dari die. Owh nak pucuk muda yee...tanpa pengetahuan kawan-kawan, adik beradik, sedara mara, dan yang paling penting ibu dan ayah, kawan aku naik turun mahkamah sorang-sorang uruskan kes cerai, menangis, merintih, kecewa dalam waktu jatuh tersungkur, die hadapi sorang-sorang.. Suami die takde cakap ape, dah sedap dapat awek muda, anak bini dilupakan. Setahun lepas tu baru kawan aku bagitau adik beradik die, tapi sampai sekarang mak ayah die tak tau, sedara mare langsung tak tau, berlagak seperti bahagia, nasib baik suami die kerja jauh, orang tak boleh agak. betapa perit, pedih lagi-lagi sebelum cerai die ade tanya perempuan (awek husband die) tu, ''Taukan lelaki tu dah ade saye sebagai isteri, ade anak-anak, kenapa awak nak juga kat die?'' simple je jawapan perempuan tu ''Saya tak peduli die dah ade anak bini, yang saya tau setiap kali saye dengan die, saya anggap die bujang''. Kawan aku ni pulak terlalu lembut hati, tak pernah serang perempuan tu, tak pernah nak maki hamun, yang die tahu sabar,sabar, sabar. Aku heran, bile aku cakap nak sabar sampai bile, die cakap, orang yang ditindas dan sabar akan dapat kemenangan yang paling besar satu ari nanti. What goes around, comes around. OK..we will see. Tanpa kita guna taktik kotor, kita akan lihat kemenangan tu nanti.

Meh aku nak tanya golongan Adam ni, sukar sangat ke untuk setia..?? susah sangat ke nak tetapkan hati tu untuk seorang perempuan..?? memang itu sunnah nabi dan agama Islam menghalalkan, tapi kau sendiri fikir, kalau kau mampu, kalau kau boleh berlaku adil dan tidak menipu dibelakang isteri kau, dan isteri kau rela, aku mengalu-alukan, banyak lagi sunnah-sunnah nabi yang boleh kau ikut, yang wajib pun kau tak mampu buat, yang sunnah kawen 4 kau nak ikut. Tepuk dada tanya selera.Aku berharap sangat dan sangat-sangat berharap bende ni tak terjadi kat aku, dan aku berharap juga aku tak terjebak dengan mana-mana lelaki yang meletakkan aku sebagai orang ketiga dalam sesuatu hubungan.

wahai lelaki kalau bende ni jadi kembali kat kau sebagai karma ape yang kau dah buat dekat perempaun-perempaun yang kau dah lukakan sebelum ni, baru kau nak memnangis berdozen-dozen air mate..??

Friday, February 25, 2011

Mari kita kira jari mereka..!!


Aku ambek pisc ni semua dari blog ni...hehehe aku suke kire-kire. Dari tadika aku amat suka matematik..!! Tersangat suke. Pernah dulu time form 4 aku tanye cikgu aku kenapa math moden lagi susah dari addmath...sebab math moden ade banyak pakai logik tapi addmath semua kire-kire. Tapi bile masuk U aku mula kurang belajar kire-kire. Of kos la kos remote sensing ni tak de sangat kire-kire selain statistik dan bermain dengan algorithm...Owh aku amat rindu dengan math. After habis belajar bulan 5 ni aku nak apply kerja part time jadi cikgu addmath tusyen la...hehehe... 

Dulu time sekolah rendah kire pakai jari tangan, Tak cukup pakai jari tangan aku cepat-cepat bukak kasut sebab nak kira tak cukup jari kat tangan. Budak lelaki sebelah meja aku cakap bapak die ade pesan yang die ade jari extra, aku tengok kat tangan die, ok je normal, ada 5 jari, kaki pun same, pastu die cakap bapak die bagitau jari tu ade dalam seluar. owh sucinye aku tak paham waktu darjah 2 tu T_T''

kecian baby ni kan....tapi tu lah 'keterlebihan' yang die ade. hehehe

pembentukan jari yang tak sempurna....

comel..!!

owh...i'm speechless..! 

Monday, August 2, 2010

Alien di UTM..??

aku sangat tertekan di sem ini....u know y..?? sebab sem ni kami diajar oleh seorang alien....!!!
damn..!! aku rase aku ni hanya seorang yang sangat kerdil even aku menggajah sekalipun aku akan tetap semut didepan die...simple english...?? die cakap satu kelas aku tak paham english...!! juz simple english u cannot understand, how u want to write u'r PSM, u'r Thesis..??



ok fine..!! aku lak nak tanya, how come u can be a professor even u are around 20s that time. which planet u come from...?? what type of rocket u use to come here..?? oh prof....u so brilliant and come from genius people, you've got  a  prof title in japan around u'r age still in 28 which is too young if in Malaysia, u can get  4flat almost in every sem in Toronto University, and u are the first Asian student become the best student there, but why u expect our perform as u'r undergraduate student like we are student in Toronto university, or Havard, or oxford..?? we only in UTM which is only Malaysian student. that's why we are here. stop expect more from us. just guide us how to be an alien like u, not blame us like primary school student.


kalau die bace english aku yang macam ni mungkin die langsung takkan paham sebab english aku ibarat english anak die umur 5 tahun.ok...i admit it...i juz in process of improve my english... u know something..? i realy hate english. since i'm in kindergarten,  tapi aku admit, kite takkan maju jika kite terlalu taksubkan bahasa kita, memang kite akan cakap kenapa orang jepun dan korea still maju even dorang guna bahasa dorang....tapi kite dah terlalu lambat untuk bersaing setaraf mereka. aku bangkang math n science diajar kembali didalam bahasa melayu, why..?? sebab bile sekolah kite dah terbiase gune bahasa melayu untuk science and math especially for specific term-term yang penting, di university nanti, i think 90% buku rujukan kite dalam english. ini yang masalah terbesar yang aku hadapi waktu di matrikulasi dan di university sekarang. kat sekolah semua dalam melayu, kat u..?? lecture dalam english, text book alam english, journal, article, and everything u'r references dalam english lagi-lagi course macam aku yang bermain dengan teknologi yang sangat canggih dan terlalu membangun di luar sana tapi bukan di Malaysia.!. that's why english aku haprak macamni. especially aku duduk di luar bandar dan bersekolah di kampung.

so prof, i really respect u. i try to think out of the box and become a good thinker like u. i will not regret to become u'r student in doing my thesis or PSM. a lot of thank you to u to open my mind, i hope i will alway think positive when I will be blame by u again n again n again

i will learn a lot from u sir...!!

Wednesday, June 23, 2010

Kelakar bongokss


hari ni masuk-masuk keje je aku dah moody.....ngantuk.....boss..nape la takde keje untuk aku....walaupn aku ni baru practical kat sini, tapi tak bermakne aku perlu jadi pak pacak disini....waaarrrggghhhh...!!!!!!!! nasib baik lah minggu depan last aku berpractical ni...

then, dengan kebosanan tahap cipan, aku bukak la email aku yang lame, mungkin dah berhabuk email ni aku tak usik....sekali punye la berderet email...haahahah ape yang wat aku syok giler ade email-email yang menggelikan pankreas aku dan menstimulatekan otak aku untuk menyuruh mulut aku gelak sepuas-pasnya

kahkahkahkahkahkahkahkahkah..!!!!!!

terase giler aku dengan lawak bangang ni, lantas aku amek calculator dan mengira bape juta kali pulak untuk aku hilang 10 pound..?? ahahhaahah


budak-budak zaman canggeh sekarang


kalau invalid user atau error so kene la g login kat hell hahahaha

Wednesday, May 5, 2010

Aku merayu sangat....Tolonglah...!!



Aku nak tanya pada korng.....comel sangat kan baby kat atas ni....?? bersyukur sangat siapa yang mempunyai anugaerah yang diberi oleh NYA untuk memiliki kebolehan untuk mengandung dan melahirkan seorang insan yang baru....tapi aku masih tertanya-tanya kenapa masih ada lagi manusia (lebih layak diberi gelaran setan gile puki atau batang ) yang masih lagi tergamak untuk membuang, membunuh even membakar sekalipun baby-baby yang dorang lahirkan...?? tiap kali ada je berita mengenai pembuangan bayi..tiap kali itulah aku menangis dan tibe-tibe aku jadi emo tak tentu pasal sampai tak tenteram ape yang aku buat....sedey sangat tau tak....kakak-kakak sedare aku yang dah 5,6 tahun kawin pun mash tak dikurniakan anak....yang orang yang dah lahirkan anak boleh buang....hanjeng betol kan.....???


satu lagi berita aku baru baca yang menyebabkan terdetik untuk aku tulis dalam blog ni...



Ingatkan bunyi kucing, rupanya bayi menangis




Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang ditinggalkan di sebuah pondok di Sepang, semalam.


SEPANG 4 Mei – Mulanya disangkakan bunyi 
kucing mengiau.
Tetapi rupa-rupanya suara bayi menangis.
Itulah yang dialami Aminah Muhamad, 56, yang menemui seorang bayi lelaki di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di sini hari ini.
Dia yang sedang memotong rumput di hadapan rumahnya sebelum itu tidak dapat mengagak bunyi seperti kucing mengiau itu adalah tangisan seorang bayi.
“Disebabkan perasaan tidak puas hati, saya terus menuju ke pondok yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah.
“Terkejut dan menggigil saya apabila melihat seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang hanya diletakkan di atas sehelai kain batik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, Asisten Supritendan Zaihairul Idrus berkata, bayi lelaki berumur sebulan itu dipercayai keturunan Melayu.
“Bayi itu ditemui pada pukul 7 pagi ini dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya.
“Dipercayai bayi malang itu ditinggalkan selama dua jam sebelum ditemui,” katanya.
Zaihairul berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Serdang.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes pembuangan bayi boleh menghubungi IPD Sepang di talian 03-87774222.
(ni okey lagi la sekurang-kurangnya die tak bunuh budak ni....mungkin die terpikir macam-macam akibat yang budak ni akan kene kalau die dibesarkan oleh mak die sendiri...dengan pandangan masyarakat terhadap die, kat mak die..ngan tiada bin dan tak tau ayah.....mungkin mak die memilih jalan untuk memberi bayi ni pada orang lain tapi caranya tetap tak betol la tapi still perikemanusiaan sebab tak membunuh baby comel ini)
Sadis betol kan....??? kalau ada sesape yang pernah melakukan kerje-kerje terkutuk ni aku nak sangat bertanya...korang ni langsung memang takde naluri keibuan ke/? dah takde sekelumit kasih ke dalam hati korang pada darah daging sendiri..?? kenapa korang tak membendung awal-awal?? time korang 'maen' tu korang pikir sedap je eh sampai korang tak boleh berpikir yang benih tu boleh bercambah..?? come on la beb! bende ni boleh elak la....serius boleh elak...aku pun penah ade boyfriend dan aku macam kapel-kapel yang lain...tapi kitorang masih boleh berfikir untuk elak dari berzina....macam-macam ko boleh wat untuk elak zina la beb! tolonglah...!! aku kapel waktu aku umor 19 tahun sampai 22 tahun ni...kire usia masih muda.memang aku tak nafikan banyak sangat benda yang kita nak cuba tapi takkan korang tak boleh pikir macam aku pikir..?? tolonglah...aku merayu sangat...tolonglah jangan cambahkan benih dalam rahim korang tu kalau korang belum kawen dan memang betol-betol taknak benih tu bercambah....kalau dah gatal sangat tak boleh tahan nak 'maen' pikirla.....tolonglah BERFIKIR..!!.pakai kondom ke pil ke ape ke !! adoi...tu pun nk kene ajar kan mangkok-mangkok ni.....


serius aku menangis tengok gambar ni...tergamak gile sial ko buang kat lobang jamban....aku sumpah ko jadi taik!! huh!

apelah salahnya ko bagi kat orang budak ni weh....

dah berulat siot bayi ko ni...tolonglah weh....ko 'maen' jela pandai....dah terberanak mcm taik ko buat buang merata-rata.

ni lagi sedey dowh....dah buang ko boleh lagi bakar die...memang cilake lah idop korang makbapak die pas ni

tak terkata aku syialll......sayangku baby........kau akan lebeh bahagia bersama DIA disana......apakan daya...mak bapak kamu sangat menyetan....

ko tak lihat ke anak kau waktu lahir? betapa comelnya die...betapa bergunanya dia jika kau didik sebaiknya...tak terpikir ke engkau yang dia bakal menjadi doktor, engineer atau seorang yang sangat berjaya akan datang nanti...??


Tuesday, May 4, 2010

Aku Cuba Untuk Berfikir

aku cuba untuk berfikir....
aku cuba untuk think out of the box...
aku tak nak diklasifikasikan sebagai jumud..
aku taknak di kategorikan berfikiran kampung dan tertutup...
aku mahu orang sedar kehadiran aku berdasarkan pemikiran aku...
aku tidak mahu orang memandang aku sebagai pemikir yang hanya mencedok idea orang lain...
aku juga mahu berubah menjadi seorang yang tenang dan tidak mudah melenting setiap kali di 'attact'...


perlukah aku menjadi diri aku yang tidak punya idea bagus ini...??
perlukah aku berubah menjadi orang lain supaya aku mempunyai idea yang bernas..??
perlukah aku takot untuk menjadi orang yang baru dalam diri aku...??
perlukah aku takot untuk berubah dan tiada siapa akan mengenali ku lagi...??
perlukah aku lenyapkan semua sifat tak bersyukur, pentingkan diri, iri hati, pendendam dan suka menyalahkan orang ini dalam diri aku...?? perlukah...???


kini aku mahu berubah...
kini aku mahu jadi orang baru....
kini aku mahu sesuatu pembaharuan....
kini aku di permulaan hidup baru....