RSS

Saturday, May 28, 2011

Parsia Iranian Restaurant

Hallo-hallooo...kali ni saye bawakan kepada anda semua merasa nikmat kelazatan makanan ala timur tengah....ade tarian gelek-gelek..?? owh tidak......kalau anda sendiri yang akan gelek ketika makan mungkin tidak mustahiil.....

restauran yang terletak di Taman Universiti di skudai johor. menyajikan berpuluh-puluh pilihan menu ala-ala stail timur tengah dan lebig tepat menu dari IRAN...yeeeehhhaaaa...!! jom3 kita lihat.

yeaaahhh....view from parking lot.

ok...jom kita masuk...kita sama-sama lihat bagaimana keadaan dalam....

taraaa...beginilah decoration di dalam restaurant ini.....lapang dan besar. agak selesa

menu yang di tawarkan disini. berpulh-puluh menu yang di tawarkan di sini 

dan kami telah memesan menu chicken mandhi dan Kubideh Kebab. iaitu daging kambing

taraaaa.... inilah Kubideh Kebab....ada mentega cait dan butter diletakkan di tengah-tengah timbunan nasi. disarankan makan berdua untuk satu pinggan...kalau ko pelahap sangat boleh sekali harung makan sepinggan hahahahah....biaselah orang-orang dari sane makan kan banyakkkk gituuu

hah ini pula chicken mandhi. kalau anda penggemar makanan timur tengah biade akan dengar nasi mandhi kan...haaa ni ada ayam sekali...

sos chicken mandhi ini agak masan tapi memang lazat. yang menu ini saya sangat tertarik dengan kelazatan nasi itu sendiri.. ayam..? biase sahaja

ok...mmandangkan ini adalah daging kambing...saya tak berapa gemar daging kambing.....so kalau anda penggemar daging kambing, so saya alu-alukan restaurant ini....

ini adalah sign board bagi restaurant ini. harga..?? standart la kalau makanan arab, dengan kuantiti yang banyak bagi aku harga dia berbaloi.

kebersihan : ***
kesedapan : ***
keservisan : **
kepuashatian : ***

PSM

     Kini result hasil daripada exam sem yang terakhir kini telah dikeluarkan. alhamdulillah, aku bersyukur aku lulus walaupun tidak lah secermerlang seperti di sem-sem terdahulu pada tahun 1 hingga 3..tapi aku agak terkilan...terkilan dengan result PSM aku.....mungkin SV aku memang dah suka aku nak wat cmne...sorry..aku memang tak reti nak bodek, tak reti nak mengade2 atau nak main suap-suap dengan dia...aku buat dengan sepenuh hati aku, dari segi data satelite, ground data dan segala-galanya aku usaha dapatkan sendiri dan segala processing aku lakukan sendiri. mungkin dia tak nampak segala usaha aku yang aku berdiri di kaki aku sendiri tanpa bantuan pemberian data daripada sesiapa. berbulan-bulan aku tak cukup tidur, berhabis duit print, ke putrajaya, kesana ke sini usaha aku sendiri tapi sedikit kuman pun tak terlihat usaha aku di mata beliau. aku terkilan mengapa kuman yang jauh di seberang boleh nampak tapi gajah di depan mata tidak perasan. owh kumannye aku hahhaahha.....

dengan PC aku angkut jauh-jauh dari klang ke JB untuk aku buat processing data.... 

inilah hasilnya......hasil yang selama setaun aku bertungkus lumus aku siapkan....

setelah thesis dah siap di jilid dan SV aku yang dalam mood gembira dapat kereta baru, aku dan kawan-kawan mengambil peluan keemasan ini untuk minta tandatangan...owh itulah kelemahan system manusia.....dikawal oleh emosi dan mood serta luaran yang cantik...

Kini aku berbangga mampu menghasilkan thesis yang aku usahakan dari A sampai Z dengan usaha sendiri dan berdiri di kaki sendiri. kawan-kawan aku yang rapat dan keluarga aku yang tahu betapa perit dan getir aku lalui dengan peneman setaiaku air mata yang dah berbaldi-baldi keluar demi menyiapkan thesis ini.
walaupun result gred yang diberikan oleh beliau amat mengecewakan aku tapi tidak mengapalah kerana beliau hanya menilai melalui akal fikiran dan pada zahirnya......biarlah apa mereka mahu kata tapi biarlah aku jadi aku. 

kepada junior akan datang ambil pengajaran dan pilihlah SV yang benar-benar tidak akan mendatangkan seribu kekesalan keada anda semua akan datang. okey =)

Friday, May 27, 2011

Kek Oren Air Tangan Cik Nadox

lebih dua minggu mama di hospital dan saye telah menjaganya selama eminggu dihospital, mama diberikan 3 hari uti oleh doktor untuk pulang ke rumah...pelik la hospital banting dah macam kat asrama dapat cuti heheeh.....masuk hari ni dah hampir 18 hari di hospital.....bile la mama leh balik ni....urm wakt mama dapat cuti hari tu, ramai lah yang sibuk datang ke rumah melawat mama....so aku merelakan diri membuat kek ore=n bagi menjamu tetamu yang datang ke rumah....sebab aku kehabisan ideauntuk menyajikan juadah untuk mereka....

mari aku tunjukkan bagaimana aku melakukan kek ren menurut resepi dari my resepi.

mula-mula aku potong sebijik orange yang jiran-jiran bawak waktu melawat mama, aku rembat la satu heheheeh

masukkan orange yang dah potong-potog bersama kulit ke dalam belender

kemudian masukkan gula, minyak masak dan telur okeyh....

sementara tu aku mengecahkan dapur dengan mengayak tepung dan baking powder.

hasil belender tadi di gaul bersama tepung

dan masukkan ke dalam loyang bakar

dengan 170 degree celcius aku bakar selama 45 menet

taraaaa....dah siap...jom lihat hasil dalam

sedaaappppp......moist, gebu, lembut dan tak muak. tak manis sangat dan tak de rase kelat kulit limau pun

so kalau korang ade buah limau kat peti sejk tu boleh la try buat kek ni....sedap dan mudah....semudah alip ba ta ahahahahha

Kenangan di UTM


 Bile duduk kat rumah hampir dua minggu...aku tibe-tibe terasa rindu kat katil aku di UTM...rindu nak tidur lewat hampir subuh dan bangun waktu azan zohor, rindu nak lepak-lepak di segenap sudut di UTM, rindu nak lepak di bilik aku ramai-ramai dengan geng konsi gelap sambil termenung melihat keindahan kipas di syiling bilik aku hahahaha...aku sangat rindu nak kembali berseronok-ronok di sana...tapi, aku takkan rindu untuk menghadap SV aku untuk dimaki mengenai PSM aku ahhahaha.....

sepanjang di UTM pelbagai kenangan terindah yang aku lalui, sebagai pegawai kadet Palapes sepanjang 3 tahun, sebagai pelajar Remote Sensing di fakulti yang paling lame kat UTM tu, sebagai seorang ahli geng kongsi gelap makanan hahahaha...aku seronok. sekama 4 tahun di UTM aku belajar pelbagai perit grtir dan pengalaman-pengalaman yang takkan aku dapat di mana-mana... 

ketika perkahwinan kawan skuad aku di markas palapes sebagai young officer, of course la kawen bawah pedang babe..!! waaaahhhhh...! dan bulan 9 ni dahlia dan arish akan menerima baby yang sedang membesar dalam perut dalia..sooooo sweeett

kawan-kawan squad aku yang pelbagai ragam dan aku gembia bersama mereka

owh ini ketika kami berjalan-jalan sampai pagi bute lepak-lepak shopping dan macam-macam lagi....kenangan dengan geng kongsi gelap makanan aku adalah yang paling terindah

ni adalah kek harijadi aku waktu tahun 3....kakak aku oder dan delivery ke UTM...sangat sedaaaappp dan chocolate moist yang mengasyikkan

waktu ni aku bertiga takde keje jalan-jalan window shopping di jB

saat terindah bersama kalian...owh bulat-bulat macam doraemon......waaahhhh rindu seyh..!!

hah jangan jeles...aku tau ramai jeles ngn kami bertujuh hahahah sampai junior sendiri gelarkan kami double standart konon nak jaga standart taknak baik dengan junior.....sori to say k....kami tetap kami....kami lebih bahagia dan gembira bile bertujuh

waktu dinner Remote Sensing

owh kembali merindui keperitan yang pernah dialami ketika bergelar pegawai kadet...keperitan, keseronokan dan kepuasan menghasilkan satu kenangan yang sangat indah dalam diri...dan akhirnya aku berbangga bila melihat sekeping watikah yang di tandatangan oleh Agong dan memteri pertahanan yang disampaikan oleh raja muda perlis.....

waktu hari pertama ujian kecergasan untuk diterima masuk didalam palapes

asalnya aku hanya rapat berempat, dan sayangnya kawan aku seorang gugur di medan perang dan tewas untuk terus berjuang dalam palapes

akhirnya kami bersatu membentuk satu squad yang mantap...hari pembulian yati semalaysia ahahaha

sewaktu ke remote sensing di PD..time ni baju ni longgar lagi hahahhaha

juga di PD dalam kem remote sensing waktu kami tahun 3.....kami berlima 

waktu zaman aerobik...'zaman kurus' waahhhh muke aku kurus lagi hahahah

aku benar-benar rindu aroma bau di UTM....tapi, untuk sambung belajar di sana mungkin tidak akan ak kembali.....sebab untuk kali kedua jika aku kesana, kenangan yang terindah ini tidak akan berulang....