Thanks so much to faizal tahir atas 1 ciptaan lagu yang aku sangat tersentuh bile dengar lagu ni…..tiap kali aku dengar lagu ni…aku jadi sedih, aku jadi sebak….tiap kali aku di hina, tiap kali aku di hadiahkan maki hamun dari seseorang yang sangat aku sayang untuk aku, setiap kali aku rasa down, dan tiap kali itula aku akan cakap pada diri aku, aku seorang yang sangat kuat untuk tempuh segala dugaan ini berseorangan dan aku akan ingat pesan arwah papa yang anak perempuan die ni sangat kuat untuk lawan segala halangan yang ada…aku bayangkan lagu ni ditujukan khas untuk aku dari arwah papa…..betapa aku sangat rindukan beliau….
Lagu ni seolah-olah arwah papa usap belakangku untuk lupakan ape yang berlaku, apa yang dah terjadi, untuk lupakan segala makian, segala hinaan yang dilemparkan untuk aku, seolah-olah arwah papa bisikkan kat aku untuk memulakan hidup yang baru untuk aku…untuk aku terokai sendiri, untuk aku mula berfikir, bukak minda aku, untuk tentukan pilihan yang terbaik untuk aku esok…sebab tu dikatakkan ‘siang kan tiba bercahaya bermula baru semua untukmu’. Aku dapat rasakan arwah papa datang usapkan air mata aku atas segala kesedihan yang aku pikul seorang diri dan dia tiupkan semangat untuk aku memulakan hari esok dengan kehidupan baru yang aku bakal pilih dan teroka.
Aku sedih sangat bila dengar lagu ni di saat ini…..
Papa, ya rindu papa. Andai dapat diundurkan masa, ya akan sentiasa ucapkan betapa ya sayang papa. Ya taknak kehilangan papa. Kalau ya tau hari isnin 19/2/2007 tu adalah saat terakhir yang dapat ya luangkan dengan papa, ya akan genggam tangan papa dan ucapkan betapa ya perlukan papa disetiap nadi ya, setiap hembusan nafas ya. Ya sayang papa. Ya terlalu rindukan papa….tapi…tu semua kalau….hakikat yang perlu ya telan, ya dah kehilangan papa sejak 3 tahun yang lepas….
Ya masih ingat betapa redupnya wajah papa waktu terbujur kaku berkafan, betapa tenangnya papa, betapa bersihnya wajah papa, seolah-olah papa sangat tenang melaluinya. Betapa ya dapat rasakan ketika saat itu papa lihat wajah anak-anak papa satu persatu untuk ucapkan selamat tinggal…betapa papa mengharapkan anak-anak papa menjaga mama sebaiknya ketika ketiadaan papa….
Ya sayang papa…..!! ya rindu papa…!!
2 katak kenyang:
Be strong dear.
thanks ='(
Post a Comment