Kini result hasil daripada exam sem yang terakhir kini telah dikeluarkan. alhamdulillah, aku bersyukur aku lulus walaupun tidak lah secermerlang seperti di sem-sem terdahulu pada tahun 1 hingga 3..tapi aku agak terkilan...terkilan dengan result PSM aku.....mungkin SV aku memang dah suka aku nak wat cmne...sorry..aku memang tak reti nak bodek, tak reti nak mengade2 atau nak main suap-suap dengan dia...aku buat dengan sepenuh hati aku, dari segi data satelite, ground data dan segala-galanya aku usaha dapatkan sendiri dan segala processing aku lakukan sendiri. mungkin dia tak nampak segala usaha aku yang aku berdiri di kaki aku sendiri tanpa bantuan pemberian data daripada sesiapa. berbulan-bulan aku tak cukup tidur, berhabis duit print, ke putrajaya, kesana ke sini usaha aku sendiri tapi sedikit kuman pun tak terlihat usaha aku di mata beliau. aku terkilan mengapa kuman yang jauh di seberang boleh nampak tapi gajah di depan mata tidak perasan. owh kumannye aku hahhaahha.....
dengan PC aku angkut jauh-jauh dari klang ke JB untuk aku buat processing data....
inilah hasilnya......hasil yang selama setaun aku bertungkus lumus aku siapkan....
setelah thesis dah siap di jilid dan SV aku yang dalam mood gembira dapat kereta baru, aku dan kawan-kawan mengambil peluan keemasan ini untuk minta tandatangan...owh itulah kelemahan system manusia.....dikawal oleh emosi dan mood serta luaran yang cantik...
Kini aku berbangga mampu menghasilkan thesis yang aku usahakan dari A sampai Z dengan usaha sendiri dan berdiri di kaki sendiri. kawan-kawan aku yang rapat dan keluarga aku yang tahu betapa perit dan getir aku lalui dengan peneman setaiaku air mata yang dah berbaldi-baldi keluar demi menyiapkan thesis ini.
walaupun result gred yang diberikan oleh beliau amat mengecewakan aku tapi tidak mengapalah kerana beliau hanya menilai melalui akal fikiran dan pada zahirnya......biarlah apa mereka mahu kata tapi biarlah aku jadi aku.
kepada junior akan datang ambil pengajaran dan pilihlah SV yang benar-benar tidak akan mendatangkan seribu kekesalan keada anda semua akan datang. okey =)
0 katak kenyang:
Post a Comment