RSS

Friday, September 24, 2010

Beriani Best, Skudai

minggu sebelum cuti Hari Raya, telah diadakan RESSBUPO (remote sensing comunity berbuka puase) hahahaha...agak menakutkan name seperti itu ye....agak menarik lokasi yang ditetapkan iaitu di restoran Beriani Best yang terletak betol-betol belakang Giant Skudai...amboi...entry sebelum ni pun lokasi aku belakang Giant Pelabuhan gak, macam ade jodoh je dengan Giant hahahah...

seperti yang dirancang, ahli geng debab dan beberapa budak kelas yang lain telah tibe agak awal untuk emesan menu dan tempahan tempat untuk berbuka, so ape yang ade disediakan adalah Nasi Beriani ayam Masak Merah, Nasi Beriani Ayam Masak Beriani, Nasi Beriani Kambing, Nasi Beriani Daging.

so, tak payah aku citer banyak, layan la gambar ni serta beberpa ulasan yang boleh aku buat disitu.

ni banner depan restoran yang aku maksudkan untuk RESSBUPO, betol-betol belakang Giant Skudai


ni kaunter restoran tu (tiada Motif untuk masukkan gambar ni)


ni lah gambaran nasi beriani best ni, memang agak sedap, nasi die berderai ( berbutir), beriani die memang terasa rempahnya, dalca die pekat dan sedap

kegelojohan dapat dilihat ye..

oh nampak tak itu popedem.?? hahah sangat terangkat!


kegelojohan kini tamat, ape yang dapat aku ulaskan, beriani ini boleh lah di kategorikan sedap lah jugak tapi mungkin ada lah yang kurengnye...mungkin tak se'ump' arwah aku buat, dan aku akan try satu tempat beriani yang sedap di Bandar Baru Uda sebab kawan aku cakap situ lagi puas ati.

kebersihan : ****
kesedapan : ****
service : ***

Western food dan Rojak Klang di Pelabuhan Klang

Ok..aku start untuk kembali aktif ber blogging after aku tinggalkan dunia ni sementara waktu untuk memberikan laluan kepada Hari Raya dan segala assignment dan segala macam dengan test serta lab-lab assigment dan project dari alien...OH DAMN...!!! bile ingat je segala macam assigment dan lab project yang di'hadiah'kan oleh alien, pankreas aku jadi kecut, esofagus aku jadi tegang dan menarik-narik anak tekak untuk muntah, maka otak aku pun menggigil.....waaaarrrrgggghhh...!!! sem ni seolah-olah aku hanya mengambil subject die sahaja.

Back to the topic, tibenye aku dirumah untuk kembali bercuti untuk hari raya, maka mama yang terchinta telah membawaku pergi merasai nikmat berbuka puase diluar, alang-alang mengambil anak kesayangannye yang pulang bercuti juga dari UiTM Merbok.....mama terchinta juga membawa dua manusia yang juga anak beliau yang dah berstatus married sebagai penyibuk untuk berbuka puasa bersama. kami ke pelabuhan Klang untuk merasai Chicken Chop yang pernah suatu ketika menjadi kegemaran arwah papa terchinta dahulu.

Location:
Belakang Giant Pelabuhan Klang yang baru dibuka, di bangunan lama berhampiran Alliance bank dan pasar basah pelabuhan klang.

gambaran dari dalam kereta, kami sampai dengan agak awal 2 jam untuk berbuka 
-_____-



ni gambaran kedudukan kedai yang betol-betol belakang Giant Pelabuhan Klang


name gerai yang kami memang stick dari dulu adalah gerai ABG LEMAN


ni adalah CHICKEN CHOP yang aku oder...perh..!! bagi aku memang sedap dan meletop! sesuai lah ngan harga ala-ala warungnya...memanggg sedap...


sos chicken chop yang dapat dilihat jelas ada kepingan-kepingan telur yang dipecahkan sewaktu masak sos ni dan amat mengasyikkan....hahaha


untuk tambahan, aku akan terliur bile ade KERANG BAKAR...kompem kene oder! hahaha...sos die agak unik disitu ye..

NASI AYAM die agak sedap dan berbaloi dengan harga, ayam die banyak, lembut, sedap dan sos die pun sedap, nasi die pun berbutir dan lembut

combination sos cili dan sos kicap pada ayam memang sedaaapp


ni STICK yang dioder oleh abg aku, bagi aku sedap je tapi bagi abag aku, sebagai seorang ketua chef untuk western restaurant di Singapore, stick die kureng, western die kureng, bagi aku ok lah, berbaloi dengan harga.


hah! kalau datang sini, WAJIB..!! oder rojak mamak a.k.a ROJAK KLANG yang sangat femes....(famous) hahah...memang takkan cukup satu kalau membaham rojak ni, series ni beb, ni meman sedap!


SOTONG KANGKUNG yang tak sesedap seperti dahulu yang pernah aku makan sebelum belajar di matrik dahulu. kalau dulu memang aku tak tipu, memang sangat sedap, tapi sekarang agak kureennngg gitu k


ni nasik goreng telur mata yang dioder oleh kakak aku yang mempunyai perot ala-ala melayu. makanan goreng-goreng sini mungin aku boleh katekan kureng juga.


Kebersihan : ***
kesedapan  : ***
service        : ***

by the way aku seronok dan puas hati makan disini, orangnya ramah-ramah, aku leh suggestkan satey yang terdapat di gerai no.1 tu jugak, rojak klang, western food dan nasi ayam die.

Monday, August 30, 2010

Puteri Pasific Hotel, JB

ok....actually entry pasal ni dah berkurun dok berhabuk kat dalam folder blog dlm laptop aku ni....sangat-sangat lama tak menulis blog....biasalah...bz ditahun akhir so aku salute pada orang yang leh berblog tiap-tiap minggu..bukan calang-calang orang leh sentiasa berblog ni...

Puteri Pacific JB

ok...ni aku nak tujukkan koleksi tempat makan kali ni di Puteri Pasific JB. betul2 terletak di tengah-tengah bandaraya JB. tempat agak eksklusif. ko ingat aku tak mampu ke...?? hahahah... ni sebenarnye adalah majlis makan malam rejimental untuk pegawai muda palapes yang baru ditauliahkan pada bulan jun hari tu. Majlis ni diadakan pada pertengahan bulan julai..jangan tanya aku bape haribulan....sumpah aku tak ingat...hahah

atas meje aku tertera nama aku ke tu...??? waaaahhhh hahahah
aku duduk betul-betul berdepan dengan pelatih aku....so aku rase agak terbatas segala aksi makan stail kampung aku...so terpakse aku berhipokrit konon-konon dah biase makan berprotokol and ala-ala mak datin berlagak kaye...kalau tak cover aku akan jadi kassim selamat yang bute mate dicucuk sebelah pisau dan sebelah lagi garfu oleh pelatih kat depan aku tu...oh ye aku lupe...aku terlupa sangat kini pelatih aku perlu salute aku dan memanggil aku puan sebab aku kini pegawai...hahahah(gelak jahat)


ni senarai menu untuk diner malam tu.

ini adalah menu untuk appertizer iaitu pembuke nafsu makan...!!
name makanan ini adalah : Smoked Chicken Breast served with Mixed Green Inspired Vinaigrettes.

rase die macam....urm...agak ala-ala mentah nak cakap cmne ehhh....hur... hah! macam sosej rebus....sos die pulak rase masam-masam sikit....


at the end...habis licin gak.....hahahah
dah habis je sesi melicinkan appetizer, kami dihidangkan dengan soup
name soup ni adalah : Cream of Mushroom Soup Served with Bread Roll and Butter


rasa die kureng sebab tak berapa hancur....berketul sikit. 


dihidangkan dengan bread roll. Butter Anchor ni memang terbaeeekk....sedap. seyes sedap butter ni.


Ok. dah tibe mase untuk MAIN DISHES. hahah part orang tunggu-tunggu.
main dish ni adalah: Grilled Stuffed Chicken Breast Topped with Mushroom Sauce, Croquette Potato and Chef Selected Vegetables


ni aku zoom bentuk potato cake die yang di atas puncak tu....bentuk Leb2(love-love) hahaha...memang cantik, unik and creative tapi rase die agak pelik, ala-ala begedil gitu....tapi sedap lagi begedil mak aku buat kat umah



decoration die memang canteeekk....

ni main dishes budak NAVY yang duduk sebelah aku.....aitt? apaal lain..?? haaa ni pilihan yang die buat, die tak mau ayam so die nak daging. jadi dapatlah : Grilled Stuffed Chicken Breast Topped with Mushroom Sauce, Croquette Potato and Chef Selected Vegetables


Lepas perut mula tegang, diakhiri pula dengan DESSERT....
ni adalah: Cream Carame



rasa die terlalu manis....terlebih telur dan yang buat rasa pelik adalah apple hijau yang dipotong dadu dijadikan hiasan diatas caramel tu


dessert lain lak adalah : Coffee or tea with cookies

cookies die memang sedap! memang sejibik macam kueh raye yang nestum campur cip coklat...sangat seddaappp...


dan akhirnya...bengkung yang aku pakai kaler merah tu hampir-hampir terbukak bile habis makan....sebab semua makanan yang aku makan stuckt kat atas bengkung tu, traffic jem tak sampai ke perut.

Thursday, August 5, 2010

Selamat Malam....='(

Thanks so much to faizal tahir atas 1 ciptaan lagu yang aku sangat tersentuh bile dengar lagu ni…..tiap kali aku dengar lagu ni…aku jadi sedih, aku jadi sebak….tiap kali aku di hina, tiap kali aku di hadiahkan maki hamun dari seseorang yang sangat aku sayang untuk aku, setiap kali aku rasa down, dan tiap kali itula aku akan cakap pada diri aku, aku seorang yang sangat kuat untuk tempuh segala dugaan ini berseorangan dan aku akan ingat pesan arwah papa yang anak perempuan die ni sangat kuat untuk lawan segala halangan yang ada…aku bayangkan lagu ni ditujukan khas untuk aku dari arwah papa…..betapa aku sangat rindukan beliau….

Lagu ni seolah-olah arwah papa usap belakangku untuk lupakan ape yang berlaku, apa yang dah terjadi, untuk lupakan segala makian, segala hinaan yang dilemparkan untuk aku, seolah-olah arwah papa bisikkan kat aku untuk memulakan hidup yang baru untuk aku…untuk aku terokai sendiri, untuk aku mula berfikir, bukak minda aku, untuk tentukan pilihan yang terbaik untuk aku esok…sebab tu dikatakkan ‘siang kan tiba bercahaya bermula baru semua untukmu’. Aku dapat rasakan arwah papa datang usapkan air mata aku atas segala kesedihan yang aku pikul seorang diri dan dia tiupkan semangat untuk aku memulakan hari esok dengan kehidupan baru yang aku bakal pilih dan teroka.



Aku sedih sangat bila dengar lagu ni di saat ini…..
Papa, ya rindu papa. Andai dapat diundurkan masa, ya akan sentiasa ucapkan betapa ya sayang papa. Ya taknak kehilangan papa. Kalau ya tau hari isnin 19/2/2007 tu adalah saat terakhir yang dapat ya luangkan dengan papa, ya akan genggam tangan papa dan ucapkan betapa ya perlukan papa disetiap nadi ya, setiap hembusan nafas ya. Ya sayang papa. Ya terlalu rindukan papa….tapi…tu semua kalau….hakikat yang perlu ya telan, ya dah kehilangan papa sejak 3 tahun yang lepas….
Ya masih ingat betapa redupnya wajah papa waktu terbujur kaku berkafan, betapa tenangnya papa, betapa bersihnya wajah papa, seolah-olah papa sangat tenang melaluinya. Betapa ya dapat rasakan ketika saat itu papa lihat wajah anak-anak papa satu persatu untuk ucapkan selamat tinggal…betapa papa mengharapkan anak-anak papa menjaga mama sebaiknya ketika ketiadaan papa….
Ya sayang papa…..!! ya rindu papa…!!