RSS

Monday, February 14, 2011

Apa yang Wanita harapkan dari seorang Lelaki yang Dia cintai.?

Sebenarnya topik ni lebih kepada ape yang aku rase, ape yang aku impikan, ape yang aku harapkan. of course la aku seorang wanita yang mempunyai seorang 'gula hati' yang ada kelebihan, kelemahan, kekuatan dan kekurangan yang tersendiri seperti juga aku yang tidak sempurna...terlalu banyak perbezaan dan perselisihan, tapi...perbezaan itu sebenarnye adalah pelengkap kepada kehidupan bersama akan datang....

perbezaan itu melengkapkan


complicated sangat ke aku..?? sukar sangat ke memahami perasaan seorang perempuan wahai kaum lelaki...?

Aku sebagai seorang wanita berumur 23 tahun, yang sedang mempersiapkan diri untuk menjadi seorang isteri, seorang kekasih yang dari sehari ke sehari masih mencari-cari keserasian walau sudah 4 tahun hubungan berlanjutan, seorang gadis yang terlalu runsing memikirkan masih adakah sinar kebahagiaan dan kasih sayang yang berkekalan hingga akhir hayat akan datang....aku mengharapkan 'dia' mempunyai sifat-sifat tersebut yang boleh dia pupuk dalam dirinya dalam masa 3 tahun sebelum dia bergelar seorang suami kepada aku, seorang ayah kepada anak-anakku akan datang...


  1.  Manis mulut dengan pujian
    • tahun pertama dalam hubungan, aku rasa bahagia sebab sifat ini ada dalam dirinya. tapi bila hubungan menginjak 2 tahun sudah mula kurang, kini betapa sukarnya aku dapat pujian dari dia...sebagai seorang wanita, aku sentiasa berusaha untuk tampil cantik dihadapan dia, sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat dia, dan sebagai wanita juga, bila setiap usaha aku tidak pernah dilihat pada matanya, secantik mana aku berpakaian, secantik mana aku berhias dan bermake up untuk tambil cantik didepannya, kini tiada lagi kesan untuk dia, tidak lagi ada sebutir perkataan pujian yang diluahkan, sesedap mana aku masak untuk dia pun betapa beratnya mulut untuk dilontarkan pujian dan terima kasih...
dah kau pilih aku dalam hidup kau, seburuk mane pun aku aku akan tetap paling cantik dalam hati kau, dulu kau selalu ucapkan benda ini tapi kenapa kini hanya tinggal kata-kata..?

      2. Jujur
    • jika kau berkawan dengan wanita lain, berhubung dengan wanita lain, aku takkan marah, aku boleh memahami tapi tolong...tolong untuk berlaku jujur, jangan sampai aku mengetahui dari orang lain, jangan aku mengetahui dari Fb kau, jangan sampai aku terbace msg di hp kau...aku harap ko mengerti, aku tak kisah kalau kau berterus terang.
      3. Berterima kasih
    • tak salah kan kalau mulut kau ringan untuk mengucapkan terima kasih pada setiap pertolongan aku, atau setiap usaha aku untuk kau..?
      4. Sensitif
    • aku berharap kau lebih sensitif tentang perasaan perempuan, kata-kata kau, lidah kau, apabila berkata kadang kala tajam menusuk didada, tak salahkan kalau kau sensitif terhadap perasaan wanita..?? tak salah kan kalau kau sensitif dengan persekitaran kau..?

     5. Memahami
    • aku boleh faham kau, aku tak marah kau nak keluar lepak dengan kawan-kawan kau atau nak pergi berjalan mane pun, tapi aku takkan marah atau terkilan kalau sebelum kau pergi kau bagi tahu aku dulu...tak salah kan..?? ape perasaan kau bila kau tggu aku sampai rumah tibe-tibe bile kau call, aku sedang berseronok di dalam wayang...
     6.  Ucapkan maaf
    • Bila ungkapan maaf tu lahir dari mulut kau selepas kau mampu menundukkan ego kau, sekeras-keras hati wanita aku akan cair dengan perkataan maaf....rajuk aku berpanjangan bila kau hanya buat tak tahu sedangkan dah jelas terang dan nyata kau bersalah

7. Romantis
    •  hurm....sifat ni memang takde dalam diri kau...tak salah kan kalau kau cuba belajar untuk kebaikan masa depan kita...?

       8. Panas Baran
    • aku harap sedikit demi sedikit kau boleh hilangkan sifat ni dalam hidup kau, sifat ni yang selalu buat aku tersungkur, sifat ini yang train aku jadi kasar dengan kau, sifat ni juga buat aku tawar hati pada kau...tak salah kan kalau kau bersifat penyanyang..?? 
       9. Memujuk
    • Tak boleh ke kau merendahkan ego kau untuk memujuk aku..? sukarkah menyusun ayat untuk memujuk aku bila rajuk menyelubungi aku...?

      10. Kejutan
    • tahun pertama kau sentiasa melakukan kejutan untuk aku, sanggup kau datang sejauh Klang ke Jb untuk membuat suprise anniversary untuk aku...tapi mana hilang segala kemanisan kau terhadap aku..? adakah salah MASA yang terlalu panjang? terlalu lama kah 4 tahun ini untuk kau..?




Tapi aku tetap bersyukur dikurniakan kekasih seperti kau...kau mampu lindung aku dari segala ancaman, dari segala ketakutan, kau seorang yang bertanggujawab, cinta kau pada Allah melebihi cinta kau pada yang lain, kau juga kuat berusaha dan tak mudah kalah, seteruk mana pun kau dihina, di pandang rendah, kau akan bangkit berusaha untuk lebih meyakinkan aku. aku berterima kasih pada kau yang masih mempunyai akal berteraskan iman, tidak mengambil kesempatan terhadap kelemahan aku, tidak mengambil benda yang bukan hak kau dan masih menjaga kesucian aku sebagai seorang gadis, kadang-kadang aku terfikir, tiada kah nafsu kau pada aku..? mungkin kau berusaha untuk menyembunyikan dan menahan segala gelora itu...untuk menjaga aku sehingga menjadi yang halal buatmu....aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana pertemukan aku dengan dia...        

6 katak kenyang:

Solahuddeen said...

nice post!
post ni telah mengajar aku tentang pinta dan rintihan hati seorang wanita. thx!


p/s : jgn sedey2 k!

The greatest gift said...

post ni sebenarnya umpama rintihan dan harapan semua wanita, yang dah kawin mahupun yang belum kawin. Kan ke bagus kalau ramai kaum adam yang baca dan digest?

N@d0x $i k0d0x said...

'die' takkan bace pun ape2 dari post ini... ='(

Solahuddeen said...

nad : hmm.. jgn sedey2 k.
the greatest gift : aku sbg lelaki akan cuber untuk menjadi apa yang diharapkan oleh seorang wanita. kerna wanita adalah anugerah.

N@d0x $i k0d0x said...

bgus la tu din...aku pulak, walau berjuta kali bergaduh, beribu kali aku menanges, die takkan pernah untuk cube faham.

Solahuddeen said...

sabar k. mungkin ader hikmah sumer ni. :] jgn sedey2 k.