Aku pelik, tersangat pelik dan hairan..., dulu aku selalu dengar pengalaman orang, Tapi kini bende ni jadi depan aku dan kena kat batang hidung aku sendiri.
Mengapa punyai manusia yang cukup menjaga auratnya, sembahyangnya, dan ibadahnya, yang pada mulanya aku amat menyanjung tinggi pada dirinya. seorang yang aku jadikan idola yang benar-benar berada di depan mata yang boleh aku ikut untuk jadikan diri aku lebih baik dari segi iman dan akhlak....Tapi yang berada dalam dirinya tidak seperti apa yang aku lihat...??
Setelah 4 tahun aku kenal, satu persatu tingkahnya, sifatnya mula terbongkar. Seorang yang kuat menipu, kuat hasad dengkinya, dan terlalu busuk hatinya. Pada mulanya aku tak percaya, Aku masih menyebelahinya walau lebih 3/4 dari orang yang kenal rapat dia dan aku mengatakan yang buruk tentangnya. Dalam hatiku berbisik 'Mana mungkin seorang yang labuh hijabnya, kuat amalannya dan lemah lembut tutur katanya sebegitu teruk sifatnya?'
Bila kena pada diri sendiri, baru aku tahu, dan aku sedar.....segala keaibannya, segala pembohongan nya sudah mula jelas satu per satu, Busuk hatinya tidak boleh lagi ditutup dengan manis lembut budi bicaranya. Terlalu tinggi hasad dengki yang ada pada diri kau....sanggup kau menipu, sanggup kau tikam belakang aku....
Kecewa....sakit....pedih....begitu tinggi sanjungan dan pandangan aku pada kau hilang bagai debu yang berterbangan, sikit pun tidak lagi tinggal...Selepas 4 tahun aku belajar, belajar sesuatu yang aku tak akan dapat pada buku yang tebal, ko mengajar aku satu pengajaran yang mana, aku tidak lagi boleh mempercayai pada labuhnya hijab seseorang itu, aku tidak boleh lagi terlalu hanyut dengan kata-kata yang manis dan perilaku yang lembut seperti yang kau tunjukkan, indah diluar busuk didalam.
Aku terfikir, mana silapnya kau jadi sebegitu rupa, Mana khilafnya kau jadi begitu busuk hatinya....?? Kau begitu menjaga solatmu, ibadahmu, auratmu, tapi....kenapa masih tersembunyi sifat yang buruk yang terlalu busuk disebalik semua itu...?? mungkin di depan orang lain yang tertipu dengan sifat dan tutur kata lembut mu serta dihiasi dengan sebaik-baik perhiasan itu kau mampu untuk sentiara mengalunkan lakonan hipokritmu, tapi bagi aku, cukuplah, Terlalu banyak yang aku dah terkena, pedih hati ku tak boleh diubat.
Aku doakan kau sedar akan buruknya sifatmu yang semakin disedari ramai. Aku harap hati kau akan secantik luaran kau yang sungguh indah kau hiaskan dengan perilaku seorang muslimah itu. Aku masih tak mampu lagi untuk ubah luaran aku seperti tu, tapi insyaAllah dalaman aku tak sebusuk dan sedengki kau...
1 katak kenyang:
thumbs up!
Post a Comment