RSS

Sunday, June 5, 2011

business side income

waaaahhhh....!! semenjak menjadi penanam anggur yang setia di rumah...kakak aku mengajak aku join venture die wat satu business baru untuk membangunkan business yang sedia ade dan memajukan lagi dengan menambah varieties dalam business ini..... si come jenguk-jenguk blig baru aku yang akan menerima oder dari segi home made chocolate, door gift chocolate and brownies, cake and others....yang terbaru bagai goreng pisang panas adalah chocolate fountain....haaaaa claasssss you....i dah ade business taw...heheheheh...


yesss...ni lah chocolate fountain... gumoksssss hahahahah

ape-ape pun, kalau nak tau lebih lanjut...sile lah lawat blog business terbaru kite....hehehehe 

Saturday, May 28, 2011

Parsia Iranian Restaurant

Hallo-hallooo...kali ni saye bawakan kepada anda semua merasa nikmat kelazatan makanan ala timur tengah....ade tarian gelek-gelek..?? owh tidak......kalau anda sendiri yang akan gelek ketika makan mungkin tidak mustahiil.....

restauran yang terletak di Taman Universiti di skudai johor. menyajikan berpuluh-puluh pilihan menu ala-ala stail timur tengah dan lebig tepat menu dari IRAN...yeeeehhhaaaa...!! jom3 kita lihat.

yeaaahhh....view from parking lot.

ok...jom kita masuk...kita sama-sama lihat bagaimana keadaan dalam....

taraaa...beginilah decoration di dalam restaurant ini.....lapang dan besar. agak selesa

menu yang di tawarkan disini. berpulh-puluh menu yang di tawarkan di sini 

dan kami telah memesan menu chicken mandhi dan Kubideh Kebab. iaitu daging kambing

taraaaa.... inilah Kubideh Kebab....ada mentega cait dan butter diletakkan di tengah-tengah timbunan nasi. disarankan makan berdua untuk satu pinggan...kalau ko pelahap sangat boleh sekali harung makan sepinggan hahahahah....biaselah orang-orang dari sane makan kan banyakkkk gituuu

hah ini pula chicken mandhi. kalau anda penggemar makanan timur tengah biade akan dengar nasi mandhi kan...haaa ni ada ayam sekali...

sos chicken mandhi ini agak masan tapi memang lazat. yang menu ini saya sangat tertarik dengan kelazatan nasi itu sendiri.. ayam..? biase sahaja

ok...mmandangkan ini adalah daging kambing...saya tak berapa gemar daging kambing.....so kalau anda penggemar daging kambing, so saya alu-alukan restaurant ini....

ini adalah sign board bagi restaurant ini. harga..?? standart la kalau makanan arab, dengan kuantiti yang banyak bagi aku harga dia berbaloi.

kebersihan : ***
kesedapan : ***
keservisan : **
kepuashatian : ***

PSM

     Kini result hasil daripada exam sem yang terakhir kini telah dikeluarkan. alhamdulillah, aku bersyukur aku lulus walaupun tidak lah secermerlang seperti di sem-sem terdahulu pada tahun 1 hingga 3..tapi aku agak terkilan...terkilan dengan result PSM aku.....mungkin SV aku memang dah suka aku nak wat cmne...sorry..aku memang tak reti nak bodek, tak reti nak mengade2 atau nak main suap-suap dengan dia...aku buat dengan sepenuh hati aku, dari segi data satelite, ground data dan segala-galanya aku usaha dapatkan sendiri dan segala processing aku lakukan sendiri. mungkin dia tak nampak segala usaha aku yang aku berdiri di kaki aku sendiri tanpa bantuan pemberian data daripada sesiapa. berbulan-bulan aku tak cukup tidur, berhabis duit print, ke putrajaya, kesana ke sini usaha aku sendiri tapi sedikit kuman pun tak terlihat usaha aku di mata beliau. aku terkilan mengapa kuman yang jauh di seberang boleh nampak tapi gajah di depan mata tidak perasan. owh kumannye aku hahhaahha.....

dengan PC aku angkut jauh-jauh dari klang ke JB untuk aku buat processing data.... 

inilah hasilnya......hasil yang selama setaun aku bertungkus lumus aku siapkan....

setelah thesis dah siap di jilid dan SV aku yang dalam mood gembira dapat kereta baru, aku dan kawan-kawan mengambil peluan keemasan ini untuk minta tandatangan...owh itulah kelemahan system manusia.....dikawal oleh emosi dan mood serta luaran yang cantik...

Kini aku berbangga mampu menghasilkan thesis yang aku usahakan dari A sampai Z dengan usaha sendiri dan berdiri di kaki sendiri. kawan-kawan aku yang rapat dan keluarga aku yang tahu betapa perit dan getir aku lalui dengan peneman setaiaku air mata yang dah berbaldi-baldi keluar demi menyiapkan thesis ini.
walaupun result gred yang diberikan oleh beliau amat mengecewakan aku tapi tidak mengapalah kerana beliau hanya menilai melalui akal fikiran dan pada zahirnya......biarlah apa mereka mahu kata tapi biarlah aku jadi aku. 

kepada junior akan datang ambil pengajaran dan pilihlah SV yang benar-benar tidak akan mendatangkan seribu kekesalan keada anda semua akan datang. okey =)

Friday, May 27, 2011

Kek Oren Air Tangan Cik Nadox

lebih dua minggu mama di hospital dan saye telah menjaganya selama eminggu dihospital, mama diberikan 3 hari uti oleh doktor untuk pulang ke rumah...pelik la hospital banting dah macam kat asrama dapat cuti heheeh.....masuk hari ni dah hampir 18 hari di hospital.....bile la mama leh balik ni....urm wakt mama dapat cuti hari tu, ramai lah yang sibuk datang ke rumah melawat mama....so aku merelakan diri membuat kek ore=n bagi menjamu tetamu yang datang ke rumah....sebab aku kehabisan ideauntuk menyajikan juadah untuk mereka....

mari aku tunjukkan bagaimana aku melakukan kek ren menurut resepi dari my resepi.

mula-mula aku potong sebijik orange yang jiran-jiran bawak waktu melawat mama, aku rembat la satu heheheeh

masukkan orange yang dah potong-potog bersama kulit ke dalam belender

kemudian masukkan gula, minyak masak dan telur okeyh....

sementara tu aku mengecahkan dapur dengan mengayak tepung dan baking powder.

hasil belender tadi di gaul bersama tepung

dan masukkan ke dalam loyang bakar

dengan 170 degree celcius aku bakar selama 45 menet

taraaaa....dah siap...jom lihat hasil dalam

sedaaappppp......moist, gebu, lembut dan tak muak. tak manis sangat dan tak de rase kelat kulit limau pun

so kalau korang ade buah limau kat peti sejk tu boleh la try buat kek ni....sedap dan mudah....semudah alip ba ta ahahahahha

Kenangan di UTM


 Bile duduk kat rumah hampir dua minggu...aku tibe-tibe terasa rindu kat katil aku di UTM...rindu nak tidur lewat hampir subuh dan bangun waktu azan zohor, rindu nak lepak-lepak di segenap sudut di UTM, rindu nak lepak di bilik aku ramai-ramai dengan geng konsi gelap sambil termenung melihat keindahan kipas di syiling bilik aku hahahaha...aku sangat rindu nak kembali berseronok-ronok di sana...tapi, aku takkan rindu untuk menghadap SV aku untuk dimaki mengenai PSM aku ahhahaha.....

sepanjang di UTM pelbagai kenangan terindah yang aku lalui, sebagai pegawai kadet Palapes sepanjang 3 tahun, sebagai pelajar Remote Sensing di fakulti yang paling lame kat UTM tu, sebagai seorang ahli geng kongsi gelap makanan hahahaha...aku seronok. sekama 4 tahun di UTM aku belajar pelbagai perit grtir dan pengalaman-pengalaman yang takkan aku dapat di mana-mana... 

ketika perkahwinan kawan skuad aku di markas palapes sebagai young officer, of course la kawen bawah pedang babe..!! waaaahhhhh...! dan bulan 9 ni dahlia dan arish akan menerima baby yang sedang membesar dalam perut dalia..sooooo sweeett

kawan-kawan squad aku yang pelbagai ragam dan aku gembia bersama mereka

owh ini ketika kami berjalan-jalan sampai pagi bute lepak-lepak shopping dan macam-macam lagi....kenangan dengan geng kongsi gelap makanan aku adalah yang paling terindah

ni adalah kek harijadi aku waktu tahun 3....kakak aku oder dan delivery ke UTM...sangat sedaaaappp dan chocolate moist yang mengasyikkan

waktu ni aku bertiga takde keje jalan-jalan window shopping di jB

saat terindah bersama kalian...owh bulat-bulat macam doraemon......waaahhhh rindu seyh..!!

hah jangan jeles...aku tau ramai jeles ngn kami bertujuh hahahah sampai junior sendiri gelarkan kami double standart konon nak jaga standart taknak baik dengan junior.....sori to say k....kami tetap kami....kami lebih bahagia dan gembira bile bertujuh

waktu dinner Remote Sensing

owh kembali merindui keperitan yang pernah dialami ketika bergelar pegawai kadet...keperitan, keseronokan dan kepuasan menghasilkan satu kenangan yang sangat indah dalam diri...dan akhirnya aku berbangga bila melihat sekeping watikah yang di tandatangan oleh Agong dan memteri pertahanan yang disampaikan oleh raja muda perlis.....

waktu hari pertama ujian kecergasan untuk diterima masuk didalam palapes

asalnya aku hanya rapat berempat, dan sayangnya kawan aku seorang gugur di medan perang dan tewas untuk terus berjuang dalam palapes

akhirnya kami bersatu membentuk satu squad yang mantap...hari pembulian yati semalaysia ahahaha

sewaktu ke remote sensing di PD..time ni baju ni longgar lagi hahahhaha

juga di PD dalam kem remote sensing waktu kami tahun 3.....kami berlima 

waktu zaman aerobik...'zaman kurus' waahhhh muke aku kurus lagi hahahah

aku benar-benar rindu aroma bau di UTM....tapi, untuk sambung belajar di sana mungkin tidak akan ak kembali.....sebab untuk kali kedua jika aku kesana, kenangan yang terindah ini tidak akan berulang....

Saturday, April 30, 2011

Anugerah Steak western food in Pulai

dah lame sangat gambar ni kat dalam folder blog aku....berabuk dah....ni tempat makan kat area Pulai belakang pintu gate UTM. berdekatan dengan Nasi Kukus Ayam Berempah yang aku dah review dulu. 

lot kedai yang berada di hujungbelah kiri.

ni adalah Onion ring hand made bukan yang dah siap2 beli Rm 3.00

ni dia chicken chop yang murah RM 5.00

ni pulak Olio Spagheti

chicken Gordon rm 5.00

western food sini memang murah tapi servisnye alahaii....aku suggest korang oder makanan lain dulu sebab makanan tu sampai sangat lah lambaaaattt dan yang tukang ambil oder pun nak kena panggil 3,4 kali baru datang ambil oder. time aku pergi tu memang ramai. dah tau ramai letak lah waiter 3, 4 orang. after a few week aku jalan depan kedai tu dah tak berapa ramai mungkin sebab orang serik kot dengan servise die. onion ring die bagi aku sedap lah sebab wat sendiri, tapi nak nunggunye alamakaiii...berjanggut, die goreng sehelai2 dulu kot...spagheti olio tak berapa lah....kira diharap restaurant ni boleh tingkatkan lagi kualiti makanan dan servisnya sebab lokasi yang strategik disini memang sangat mudah menarik orang ramaian datang.

kebersihan = ***
kesedapan = **
keservisan = *
kepuashatian = **

Friday, April 29, 2011

Nasi Ujang


kalau yang duduk negeri sembilan atau Orang Nogori kompom dah biase ngn perkataan 'ujang' atau 'jang'.....same lah mcm org peak  dok panggil 'yop' hahahaha...seperti biase lah orang nogori ni terkenal dengan masak lomak cili api nye...sodap hinggo jilat jari nye jang hoi...haaaaa.... 

tapi kali ni aku nak review satu jenis makanan yang dipanggil nasi ujang. pernah dengar tak..?? dah lame sebenarnye aku dok makan nasi ujang ni. gambar ni pun taun lepas nye, lupe nak wat entry pasal ni....bile selak2 bali folder makanan baru sedar....

jom kite layan gambor makanan yang diberi name Nasi Ujang


disediakan dengan set nasi kosong, keropok, ayam masak cili api dan sup kosong

haaa pemandangan indah dari atas...bau nye sampai tak kat PC korang..?? hahahaha

rasanye adoimakkkk podasssss.....!!! tapi bukanlah rase cili api semate...

jenuh nak menghabiskan...kalau korang nak makan ni jangan nak mengade tempah air panas atau suam....menggelupurlah korang kat situ

nasi ujang ni termasuk dalam makanan yang pedas-pedas kat JB ni lah kan....nak try bende ni boleh pergi ke Medan Selera Rahmat di Bandar Baru Uda. iaitu terletak di belakang Masjid Jamek. 


so, aku nak suggest la kat orang-orang yang suke makan pedas-pedas ni yang duk area JB ke skudai ke kat area-area sini, pergilah try test cube nasi ujang ni....mesti korang akan mengidam lagi

kebersihan = **
keservisan = ***
kesedapan = ***
kepuashatian = ****

Thursday, April 28, 2011

Mee Rebus Hj Wahid


hai uollll......ikali ni aku nak review pasal mee rebus yang paling sedap aku pernah makan kat johor ni....macam-macam tempat aku dah try mee rebus tapi yang kali ni memang paling superb.....

mee rebus Haji Wahid yang agak femes kat JB ni....sentiasa penuh dengan costumer hari-hari...haaaa aku pergi time maghrib so takde la ramai sangat orang....tapi mcm tak tau setan je keluar time maghrib-magrib ni hahahahaah



taraaaaa....yummy-yummy.....memang sedap. kuah die sangat pekat dan likat, bawang goreng yang rangup, telur sebijik ko dapat nyah hoi....memang puas hati, sedap tah hengat dunia laaa....


ni la brunch mee rebus hj wahid yang aku pergi. terletak di food court angsana., memang puas hati, sedap tah hengat

mee rebus sedap di JB....lepas ni aku akan mencari mane lagi tempat yang ade buat mee rebus yang tersedap kat dunia ni.....

kesedapan = ****
kebersihan = **
keservisan = ***
kepuashatian = ****