RSS

Tuesday, February 22, 2011

Turutan penggunaa Product Penjagaan Kulit Muka

Kali ni aku nak kongsi pasal turutan bagaiman untuk menggunakan product penjagaan wajah mengikut cara yang aku lakukan selama ini dan kebanyakkan orang selalu buat. Bermula dengan cleanser sehingga ke moisturizer dan krim. Di sini aku tunjukkan product-product yang aku guna dan sedikit komen mengenai product tersebut mengikut pengalaman aku. Product-product yang aku guna ini bukan lah jenis yang mahal dan standard-standard brand yang gah-gah, aku still belajar dan tidak bekerja, so biarlah ukur baju di badan sendiri....Mari kita lihat bagaiman menjaga kulit muka menggunakan produk yang murah.


1) Pertama sekali aku syor kan menggunakan gel penggelupasan, ada pelbagai gel yang bertindak ala-ala scrub dan salah satu contoh adalah gel penggelupasan syahirah. Gel ni agak murah berbanding yang lain dan fungsinya untuk menanggalkan sel kulit mati, gunakan tanpa air yang banyak dan lebih kesat lagi terasa biji-biji gel nya itu ok...seminggu sekali pun ok sebab gel penggelupasan ni sedikit dan mahal gak la..

2) Langkah kedua ni adalah penggunaan skrub muka. Scrub muka tidak perlu dipakai hari-hari, cukuplah 3 hari sekali, selain hari korang guna gel penggelupasan., kalau tak kulit korang akan jadi senipis bawang hahaha...aku dah try scrub yang lain, tapi bagi aku scrub yang terbaik adalah scrub dari Product Balqis jenis apricot. Memang bagus sebab biji-biji scrub ni sangat banyak dan kalau hidung korang jenis yang bergula (banyak blackhead yang tajam-tajam) memang sangat sesuai...

3) selepas kite scrub muka, liang-liang roma kita akan terbuka dengan sangat luas, so aku suggest kan korang tepek-tepek toner sikit kat kulit muka yang ade liang pori yang agak kelihatan dan besar, tak perlu pakai kapas cume tepuk-tepuk kat je cecair toner ni kat muka dan tunggu kering sikit. Ini bertujuan untuk mengecilkan liang pori yang terbuka selepas scrub.



4) After Toner barulah cleanser. Cleanser yang aku pakai ni adalah dari bio-essance. Mungkin agak mahal sedikit, aku seorang yang mempunyai jenis kulit normal, tidak berminyak dan tidak kering, Bagi aku cleanser bio-essance ni bagi penggunaan awal akan membuatkan kulit yang normal akan menjadi kering dan sedikit menggelupas, so kalau kulit kering dan normal tidak digalakkan pakai dan untuk kulit berminyak aku mengesyorkan cleanser dari bio-essance ni.

5) selepas kita bersihkan muka, maka aku sarankan sebelum tidur korang gune mask. Gunelah dalam sekali atau dua kali seminggu. Mask yang aku nak promote ni adalah mask dari Product Skinz jenis whitening. Memang berkesan bagi nak cerahkan wajah. Aku dah 3 kali beli mask ni, aku dah sarankan kat 'abg botak' aku pakai ni dan berkesan jugaklah kat die sebab aku dapat lihat perubahan kulit muke die yang 2 tona lebih cerah..! ececececeechhh hahaha...

6) Lepas basuh cuci mask yang korang pakai tu atau lepas cleanser, haruslah menggunakan toner. Bagi aku toner dari bio-essance ni memang bagus. Memang terbukti toner ni mampu mengecilkan lian roma. Kalau tengok kulit muke aku dekat-dekat Liang roma aku memang besar la jugak, tapi after 2,3 weeks aku pakai toner ni memang hasilnye sangat puas hati.

7) After toner pakailah mosturizer. dulu aku mempunyai kulit muka yang berminyak, memang payah nak cari mosturizer dan sub block yang sesuai, selepas fasa kulit muka aku yang teruk berlalu, kulit aku bertukar menjadi normal, aku takde masalah nak pakai mosturizer. Aku guna mosturizer dari bio-essance gak sebab beli yang set, tapi untuk kulit muka aku agak tak sesuai dan selesa maybe aku dah pernah pakai mosturizer yang lebih selesa dengan aku kot. (Nano White)

8) Bagi yang ingin memutihkan kulit selepas kulit burn akibat dari kawad, haaa ni krim pemutih dari syahirah memang aku rase sesuai lah, sekejap je korang dah boleh say bye-bye to  kulit burn korang. Pakai before tidur bagi yang kulit berminyak tapi kalau nak pakai waktu pagi korang kene pastikan keringkan krim kat muka tu betul-betul.

Sekian sahaja turutan penggunaan product muka yang aku suggest kan. Harga Product yang aku suggest ni memang affordable la bagi pelajar dan sesiapa yang ingin menggunakan product yang bagus dan tidak terlalu mahal. 

Aku masih tak mampu nak guna Clinique ke, Anna Sui ke, Elizebert Arden ke, SK11, Kanebo  atau mana-mana yang berbranded. Mungkin pas aku keje aku akan try yang mahal-mahal tu kot =p, tapi daripada beli product yang mahal-mahal dan kene guna berkali-kali tunggu kesan yang lambat, baik buat laser je hilangkan jeragat, jerawat dan bintik hitam, ataupun suntik vitamin C.



6 katak kenyang:

AmOyz said...

tq 4 the tips ya dear..
sy tak pernah jaga muka dengan teliti b4 ni..x reti..huhuhu

nak tanye orang segan..tp ade tips u ni,,berguna jugakkk...

hooyehh

N@d0x $i k0d0x said...

owh tnx....juz to share it...yang penting jangan dedahkan kulit muka kita kat cahaya matahari, cover it with sunblock...nnt dah tua kulit tak bnyk jeragat. =)

farahijriah said...

nadya... da bole bukak salon da ni.... hahaha~ x nak bukak kelas facial plak ke? keh3!

N@d0x $i k0d0x said...

hahahah facial diri sendiri pun tak terbuat lagi nak wat facial untuk orang cik fara oi....
pas hbs belajar bek sy bukak kedai pastry hehehehe leh mintak resepi kek lapis mak awak heheheh sedaaappp sgt

farahijriah said...

hahaha~ bole sangat!! x kesah pon ^_^

farahijriah said...

nadya.. saya link entry yg ni ye dekat blog saya.. mintak izin..hik3!