Sebelum ni aku terdengar satu kes kawan kepada kawan aku yang sama belajar di UTM ni juga. Dah 3 tahun bercinta, perempuan ni ada kereta, lelaki ni hanya bermotosikal sahaja, Setiap kali cuti sem kereta akan ditinggalkan kepada lelaki tu, waktu tu tanpa pengetahuan gf die yang empunya kereta ni, si lelaki telah bawa skandal (awek lain) pergi dating dengan kereta tu. So bile dah hujung sem di tahun akhir dan dah puas 'menggunakan' perempuan ni untuk kepentingan die, die putuskan hubungan sebab mengaku dah ade perempuan lain sebelum ni, Pada waktu yang sama perempuan ni sakit sebab baru tau ade tumor, perlu ulang alek ke hospital. Takde sikit perasaan bersalah, sedih atau simpati. Tinggalkan begitu sahaja walaupun puas di pujuk dan dirayu, paling bangang siapa bawak awek baru g jumpe that poor girl. What the Fish..??
Lepas tu berlaku kat kawan Roomate aku, dah siap bawak jumpe mak bapak, Tibe-tibe kantoi yang lelaki tu dah nak bertunang dengan perempuan lain.Dalam mase yang sama lelaki tu bape banyak hp yang die ada. Dalam bape minggu pastu roomate aku pulak kene, lelaki tu kantoi bodoh sebab pasang due, nasib baik kawan aku ni bijak dan tak frust sangat sebab baru je lagi hubungan tu, yang tak boleh blah dah kantoi busuk betul-betul jelas dan nyata memang terbukti lelaki tu ade perempuan lain, mati-mati tak mengaku, ade dua Fb, Fb pertama friend dengan kawan aku dan block awek no.2 dan blok jugak awek no.2 kat fb kwn aku, nak menipu tapi bodoh nak mampus, Fb kedua pulak, friend dengan awek n0.2 dan block awek no.1 (kawan aku). aduhaiiii lelaki, jangan jadi bodoh lah, kalau bodoh tak pandai menipu tak payah berangan nak pasang 2.
Beberapa minggu lepas tu, terjadi kat sepupu aku, lagi 2 bulan nak kawen (bulan jun ni). Barang-barang hantaran dan beli separuh, duit katering, andam, khemah, DJ dan kompang dah bagi deposit, baju nikah dah siap, aku pun dah excited akan jadi pengapit. Tibe-tibe kelmarin cakap nak putus tunang sebab kantoi ada popuan lain, awek satu tempat keje. Owh Damn..!!! sepupu aku dah frust menonggeng, Makcik pakcik aku tergamam, malu beb! MALU!. Kad dah siap, nasib baik tak edar lagi, tapi sedara mara, kawan-kawan semua dah tau 4hb 6 ni akan kawen. mane nak letak muka..?? ade lelaki tu terfikir ke..?? kakak aku call die, tanya kenapa..?? alasan die simple. 'takde jodoh, dah 10 tahun bercinta tapi tak serasi' kepale hotaakk...! Ni jari tengah aku tunjuk kat ko.
Tahun 2008 terjadi kat orang yang paling rapat kat aku. Anak dah tiga, suami die ade perempuan lain yang lebih muda 7 tahun dari die. Owh nak pucuk muda yee...tanpa pengetahuan kawan-kawan, adik beradik, sedara mara, dan yang paling penting ibu dan ayah, kawan aku naik turun mahkamah sorang-sorang uruskan kes cerai, menangis, merintih, kecewa dalam waktu jatuh tersungkur, die hadapi sorang-sorang.. Suami die takde cakap ape, dah sedap dapat awek muda, anak bini dilupakan. Setahun lepas tu baru kawan aku bagitau adik beradik die, tapi sampai sekarang mak ayah die tak tau, sedara mare langsung tak tau, berlagak seperti bahagia, nasib baik suami die kerja jauh, orang tak boleh agak. betapa perit, pedih lagi-lagi sebelum cerai die ade tanya perempuan (awek husband die) tu, ''Taukan lelaki tu dah ade saye sebagai isteri, ade anak-anak, kenapa awak nak juga kat die?'' simple je jawapan perempuan tu ''Saya tak peduli die dah ade anak bini, yang saya tau setiap kali saye dengan die, saya anggap die bujang''. Kawan aku ni pulak terlalu lembut hati, tak pernah serang perempuan tu, tak pernah nak maki hamun, yang die tahu sabar,sabar, sabar. Aku heran, bile aku cakap nak sabar sampai bile, die cakap, orang yang ditindas dan sabar akan dapat kemenangan yang paling besar satu ari nanti. What goes around, comes around. OK..we will see. Tanpa kita guna taktik kotor, kita akan lihat kemenangan tu nanti.
Meh aku nak tanya golongan Adam ni, sukar sangat ke untuk setia..?? susah sangat ke nak tetapkan hati tu untuk seorang perempuan..?? memang itu sunnah nabi dan agama Islam menghalalkan, tapi kau sendiri fikir, kalau kau mampu, kalau kau boleh berlaku adil dan tidak menipu dibelakang isteri kau, dan isteri kau rela, aku mengalu-alukan, banyak lagi sunnah-sunnah nabi yang boleh kau ikut, yang wajib pun kau tak mampu buat, yang sunnah kawen 4 kau nak ikut. Tepuk dada tanya selera.Aku berharap sangat dan sangat-sangat berharap bende ni tak terjadi kat aku, dan aku berharap juga aku tak terjebak dengan mana-mana lelaki yang meletakkan aku sebagai orang ketiga dalam sesuatu hubungan.
wahai lelaki kalau bende ni jadi kembali kat kau sebagai karma ape yang kau dah buat dekat perempaun-perempaun yang kau dah lukakan sebelum ni, baru kau nak memnangis berdozen-dozen air mate..??
7 katak kenyang:
wow,..entry yang sangat emosi,..ape pon tak semua lelaki sama,..
ape yang penah jadi kat mie,..lelaki tu buat dye dapat balik,..kira prinsip kau buat kau dapat lahh,..
n kita sebagai hambanya kena ingat,..ALLAH takkan menguji mereka yang tak mampu di uji,..
every cloud has a silver lining,..mie doakan awak dapat lelaki yang terbaik,..amin~
;)
tnx dear....saya harap lelaki yang saya syg selama 4 tahun ni bukan dikalangan lelaki seperti itu. sy doakan awak juga...=)
bg aku, ideologi aku tntg mende nih simple je.
aku dah tak percaya pada couple2. sbb pe? aku sendiri sedar yg aku tak bley tahan lame bila bercouple. antara sebab2 standard
1)dah bosan
2)relationship dah sampai level xde meaning.
3)aku perlukan masa sendiri yg lebih utk family dan kawan2
4)haram
aku tak kesah apa org nk ckp, kapel muslimah ka pa ka, yg jelas bg aku, kapel tanpa sentuahn itu mmg luar biasa. kapel tanpa phone sex juga luar biasa. mungkin kita tak sedar ape yg kite buat. tp bila pikir blk, mende tu la kte buat tiap2 hari.apa? msg2 tiap2 malam sambil baring2 ckp i rindu u, nk kiss gudnite, etc2 tu bkn phone sex ka?
bg aku lumrah laki tu akan pndg perempuan lain juga even dia tu loyal gila babi ngan awek die.
kdg2, bkn sbb perempuan tu tak cukup loyal, tak cukup cantik, tak cukup berkorban demi lelaki. tp perempuan tu just dont have the right combination/characteristic utk satisfy laki tersebut. kdg2 bila dah cukup sifat, perempuan mengongkong pula. perempuan complicated. tp laki lg superb complicated. sbb kalau perempuan tahu apa yg dia nk. laki? ktorg sendiri tak tahu ape yg ktrg nk. yg penting, bila ktrg senang dgn sesuatu, ha yg tu la yg ktrg nk. sbb ut bg aku, kalau laki tu dah tak suka, tak guna nk pertahankan relationship tuh.
aku pn tak tau la mcm mana aku nk jd loyal satu hari nanti. aku just harap aku dpt tahan nafsu aku, dan concentrate ngan tanggungjawab aku. yg penting kalau dah berkahwin, bila cinta tu kerana Allah, dan diberkati kerana Allah insyaallah kekal.
aku mahu kekal single, sampai aku btol2 paham makna hidup aku sendiri.tak guna kapel, tp family abai. tak guna kapel, tp hidup sendiri tak terurus. plg penting, tak gne kapel, tp dlm kepale takde niat nk kawin lgsg. alasan duit takdak la, masa takdak la baik tak payah kapel! terang lagi bersuluh kapel utk puaskn nafsu.huh!
p/s: emo
pisang, rilex, jgn emo..hahaha...
bagi aku perempuan juga mempunyai pandangan dan kehendak yang same, ramai yang boleh berselingkuh walaupun sudah bersuami, tapi yang aku highlight kat sini yang terjadi kat sekeliling aku, rata-rata semuanya yang ditindas adalah wanita. ok. mungkin wanita tak pandai jaga suami dan tak boleh nak puaskan hati pasangannya, tapi sekurang-kurangnya dia boleh terima segala kekurangan pada lelaki itu, perbezaan adalah melengkapkan.
sepatutnya yang dah berkahwin dan bertunang perlu lebih fikirkan tanggungjawab daripada lebih mementingkan pada hawa nafsu dan menuding jari pada tak kesempuranaan yang terdapat pada pasangannya.
aku tahu, dan aku sokong pada pendirian kau untuk hidup single hingga sampai satu tahap kau betul-betul yakin dan serius untuk berumahtangga, aku juga dulu seperti itu, tapi aku sukar untuk menundukkan perasaan memiliki dan dimiliki, tapi selagi aku tahu jaga mahkota dan maruah diri dan mampu untuk pertahankan ape yang sepatutnya dan dia mampu untuk lindung dan jaga aku dan sentiasa ingatkan aku pada tggjwb dan macam-macam lagi, aku akan teruskan.
bagi aku rasa sayang dan setia itu akan timbul bile kita ada rase tggjwb dan ada sifat give n take dalam hubungan tu.
saya masih setia dengn sharifah amani :P
owh tahniah wan gerrard...=)
owh wan, kau tahu siape yang aku cerita dalam entry ni...??
hehe sbenanye komen aku tu lebih dituju kan pada lelaki dari pompuan. yg part pompuan tu rase2 bley paham kan?
tp bab laki nih la yg ptt ditekankan. sbb laki la ptt nye menjaga maruah perempuan. bkn sebalik nya. bg aku even perempuan tu mmg rela menyerahkan tubuh die skali pn, laki ptt bertggjwb. prempuan tu bodoh, laki tu dayus. laki ptt control dan lead perempuan to a better life. jaga rohani perempuan. bkn guna kan perempuan sbg nafsu.
aku simpul kan yg da kawin pastu cerai tuh mmg tindakan amat bodoh skali
Post a Comment